Sunday, May 15, 2016
Saturday, April 23, 2016
MEANINGS OF "MASHAALLAH"
Miracles can happens anytime anywhere with Allah's will; the Indefinate Knowledge and knows what the future holds.🐠🐟🐡🐟🐠
#FIBM
Sunday, April 10, 2016
NASIHAT YANG MENGHIDUPKAN
Setiap yang hidup harus punya mimpi. Mimpi membuat kita bergairah menjalani hidup. Rezeki memang sudah Dia atur, namun perjuangan untuk mendapatkan rezeki itu harus kita usahakan sendiri. Bersyukurlah untuk itu, sebab dengan berjuang kita tahu bahwa hidup ini begini indahnya. Dari perjuangan menggapai mimpi itu pula, Allah mengirimkan kasih sayangnya melalui tangan-tangan TERBAIK yang dipilihNya.
Tuesday, November 10, 2015
Hatiku
Jika ditanya, apa keinginan terkuat saya sekarang?
Maka jawapan saya
Saya mahu mati secepatnya ketika hati masih beriman kepada Allah swt.
Saya mahu bersegera berjumpa dengan Tuhan. Bersama-Nya selamanya.
اللهم أحيينا علي الإسلام وتوفنا علي الإيمان بك.
اللهم اجعلني شهيدا في بلد رسولك يا رب العالمين
Friday, May 30, 2014
28 may 2014
hari terakhir exam utk degree di kuliah syariah...
malamnya pula majlis konvokesyen...
Alhamdulillah
Wednesday, May 14, 2014
Anak buah berumur 14 hari
Selamat datang syaimah sofiyyah binti zaid ke dunia ini. Selamat ku ucapkan padamu wahai anak buahku.
Kehadiranmu menambahkan lagi barisan muslimat dalam perjuangan agama.
Ku harap dirimu tegar dengan pancaroba dunia.
Duhai syaimah, aku bersyukur melihat dirimu ini. Bersyukur kala dikau lahir sebagai seorang muslimah. Sungguh kalimat tauhid itu lebih berat timbangannya dari 7 langit serta 7 bumi dan seisinya.
Ku harap kita semua dapat berkumpul di panji Nabi Muhammad saw di akhirat kelak.
... .
24 tahun telah kutelusuri dunia, ingin ku cerita bahwa dunia x seindah rupa.
Wahai ayahanda Zaid tercinta, engkau lah yang akan ditanya nantinya.
Jika engkau telah membawanya ke dunia. Maka engkau juga harus berani membawanya ke akhirat sana.
Jadikan surga pilihan pertama. Selalu dan sentiasa.
Akhir kata, selamat ku ucapkan pada-Mu syaimah. Selamat datang ke tempat tanaman amalan kita.
Monday, May 12, 2014
Sunday, May 11, 2014
Hari terakhir di dirosah degree
Khamis, 8 may 2014..
Berakhir sudah langkah kami berlima dalam menempuh pengajian agama Allah swt.
Masa begitu cepat berlalu, mahu tidak mahu kami terpaksa berpisah jua.
Minggu depan, final exam akan bermula.
Jika lulus semuanya (InshaAllah), maka tamatlah kehidupan degree kami di kota madinah.
Kuliah syariah, daku akan mengingatimu selalu. ^^
......
Gambar dari kiri
1. Saya
2. Mahfuz dari singapura
3. Abdurrahman dari sabah
4. Izzul basri, pelajar stam terbaik dr sabah
5. Asyraf dari singapura
Saturday, April 19, 2014
PERISTIWA 18
Jumaat,18 april 2014. Tarikh yg bersejarah dalam diari hidupku.
Goresan kata2nya berjaya menusuk jiwa. Terasa dalam, meluka di hati.
Hanya mampu dirasa sendiri.
Tuhan yang Berkehendak segalanya terjadi.
Aku patuh menunduk diri.
Beriman bahwa Tuhan ada di sisi.
Melakar takdir untuk kebahagiaanku nanti.
Lamaran aku ditolak, dan aku pun berhenti.
Bermuhasabah kenapa musibah mengerogoti?
Mungkin Tuhan ada rencana-Nya tersendiri.
Tuhan... jadikan ia penghapus dosa.
Bukan pula penambah bencana.
Tuhan, sungguh diriku lemah.
Jangan Engkau buang, diriku di sampah.
Tuhan, kutahu ku ingkar,
Ku berharap, tubuh ini tak Engkau lempar.
Tuhan, padamu aku bersepuh. Kuatkanlah hati yang rapuh.
Tuhan, diriku menangis derita.
Jadikan ia sebagai pahala.
Tuhan aku bersaksi bahwa Engkaulah Pencipta,
Bukan berhala, bukan sesiapa.
Tuhan, ampunkanlah segala dosa.
Kerana untuk-Mu, aku ingin ke surga...
Coretan hati.
19 april 2014, 3.22 pm.
Univ Madinah al-munawwarah
Wihdah 2, tingkat 4, bilik 30.
Tuesday, April 15, 2014
Program bulan april & may....
Exam bertalu-talu menyerang diriku....
Perlu kusiapkan benteng pertahanan demi keselamatan rakyatku.
^^.... be strong for Allah , for me & for them & for All
Friday, April 11, 2014
Hujan Madinah
Hujan madinah x sama dengan hujan malaysia. Ianya hanya turun 3-4 kali dalam setahun..
Alhamdulillah, hujan malam semalam paling lama yg pernah aq rasakan.
Bermula lepas isya dan berakhir dalam pukul 1 malam lebih..
4 jam tanpa henti bahkan makin membanjiri bumi
Monday, February 10, 2014
Tika qada' dan qadar berbicara
Selama belajar di Madinah, jarang kesedihan melanda saya.
Paling sedih yg sampai menitiskan air mata saya, bilamana saya tidak diterima di peringkat master/s2.
Usaha saya untuk menetap lebih lama di madinah tidak terkabulkan. Saya percaya Allah Maha Bijaksana.
Bukankah beriman kepada Qada' dan qadar dari Allah adalah rukun agama?
........
Kini saya diuji lagi, kesedihan yang lebih teruk melukakan hati saya.
Syukur saya belajar agama. Jika tidak, mungkin syaitan sudah berjaya menawan hati saya.
Seringkali jika saya hampir putus asa, saya teringat sabda baginda saw :
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "عجبا لأمر المؤمن إنّ أمْرَه كله خير، وليس ذاك لأحد إلاّ للمؤمن؛ إن أصابته سرّاء شكر فكان خيرًا له، وإن أصابته ضَرّاء صبر فكان خيرًا له" رواه مسلم
Artinya :
"Takjub sekali melihat keadaan orang mukmin.
Seluruh perkara/keadaan orang mukmin adalah kebaikan.
Tidak ada yang memilikinya selain orang mukmin.
Jika mendapat kesenangan ia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya.
Jika ia mendapat mara bahaya/musibah ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya.
" H.R. Muslim.
......
اللهم ﻻ سهل إﻻ ما جعلته سهﻻ، وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهﻻ.
Thursday, December 19, 2013
Sem 7 tamat
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, yang telah memberikan daku nyawa untuk menjalankan amanah dalam menuntut ilmu.
Program degree yg bertempoh empat tahun di Madinah tanpa terasa semakin dekat penghujungnya. Terlihat nun jauh di sana, daratan garis akhir pelayaran di madinah melambai2 kepada diri ini.
Berbaki 1 semester lagi sebelum kami sampai daratan. Tangkapan ikan masih belum banyak. Bagaimana ingin memberi makan penduduk daratan nanti?
Semoga di semester terakhir nanti, hasil tangkapan dapat meningkat jumlahnya. Caranya mudah tapi kerjanya susah. Namun hasilnya meriah. Perlu usaha dsn istiqomah utk semua itu
Target terdekat : saya harus menyelesaikan fiqh syafie dan memperkuat hafalan 5 juzuk.
*Di bawah adalah jumlah ghiyab/ketidakhadiran saya selama semester 7 berlangsung.
Wednesday, December 18, 2013
Akankah?
Akankah saya diterima di qism fiqh atau akankah saya ditolak?
Akankah saya menangis tersimpuh kekecewaan ataupun akankah saya bersabar serta percaya dgn Tuhan?
Akankah saya kuat menghadapi cabaran setelah di madinah nanti atau akankah saya hanyut kelemasan?
Akankah esok hari memberi efek yg besar pada diri atau akankah ia menjadi pemacu diri?
Besok, nilai ujian akan keluar. Tiada kata yang mampu kuucapkan melainkan alhamdulillah dalam segala perihal
Tuesday, December 17, 2013
Mereka hebat
Hari ini mendapat berita bahwa seorang sahabat sekolah rendah akan menikah sebulan lagi.
Dia seorang perempuan, dan saya pribadi tidak terlalu mengenalinya. Tapi itu bukan isu yang ingin saya sampaikan di sini.
Pendek cerita, Tanpa saya sedari, kini umur sudah menjejak angka 23. Sahabat sepermainan dulu kala, ada di antara mereka yg telah mendirikan baitul muslim.
Zubair, ibrahim, zaidul khair, fathi adil juga kawan2 sekolah menengah di indonesia dan masih ramai lagi yang akan mengikuti jejak langkah mereka tahun depan. (2014-pen).
Bagi saya, mereka cukup hebat. Hebat kerana berani mengambil resiko. Hebat kerana berusaha menempuh hidup baru. Hebat kerana telah berjaya membina bahtera serta menjadi nahkoda di atasnya.
Saya masih di daratan, masih banyak perkara yg perlu dipersiapkan. 3 garis panduan yg saya cuba bekalkan utk berlayar di atas kapal kelak.
1. Rohani
2. Jasmani
3. Ekonomi
Bermula dari rohani, saya harus memulakan dgn solat tepat waktu berjemaah di masjid. Ia penting, hadis menyebutkan bahwa Allah mencintai orang2 yg on track with fardu2nya. Jika yg difardukan berjaya saya kekalkan prestasinya, semoga Allah mengukuhkan saya di atas bahtera nanti.
Jasmani pula, ia aset berharga. Tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja. Akal yg sehat dari badan yg sehat. Jika ingin berfikir jernih, mulakan dulu dengan kesehatan tubuh badan. InshaAllah, emosi sikap dan tingkah laku akan membawa efek yg positif kepada anak kapal nanti.
Ekonomi. Hem, ni susah. Saya x mampu nak kata ape2. Saya bukan belajar di bidang professional. Saya agamawan. Agama bukan landasan utk mencari duit. Orang yg pertama sekali dimasukkan di dalam neraka adalah mereka yg belajar kerana urusan dunia. Semata2 ingin digelar alim.
Tapi saya percaya bahwa Allah telah mentakdirkan rezeki utk hamba-Nya.
Hadis saw : Barangsiapa dunia tujuannya, maka Allah akan hancurkan urusan dunianya, dan rezekinya bagi apa yg telah ditetapkan oleh Allah swt.
Barangsiapa akhirat niatnya, Allah kumpulkan urusan2 dunia untuknya, maka Allah akan datangkan rezeki dunia ke atasnya.
Tugas saya sekarang, belajar serajin mungkin, kumpulkan ilmu sebanyak mungkin. Aplikasikan ia dalam kehidupan seharian. Nanti hasil akhirnya, saya serahkan kepada Allah. Semoga ia ikhlas dan tidak tersalah niat
.....
Kepada sahabat2
Tahniah kepada mereka yg sudah berlayar terlebih dahulu. Bagi mereka yang mahu berlayar, berhati2lah di tengah2 lautan.
Sedang yg masih di daratan dan mengumpulkan bekalan, mari bersama melatih diri agar mampu menempuh ombak ataupun taufan.
Kata orang " ombak yang besar, ciptakan pelaut yg hebat".
Anda semua adalah org2 yg hebat. Hebat kerana berani menempuh ombak. Saya masih mengumpulkan keberanian utk jadi seperti kalian.
Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair. ...
Monday, December 16, 2013
17 December 2013
Hari ni, cuaca sejuk betul. Ya di madinah, cuaca mencecah 8 celcius utk pagi ini.
Bagaimana pula dgn saudara kita di syria? >(
Sunday, December 15, 2013
Hatiku berdebar
Tiada hari tanpa debaran. Tiada waktu tanpa kefikiran, tiada masa tanpa resah di hati.
Walau tau, diri ini masih belum layak, tapi sesungguhnya hati ini masih mengharapkan agar diterima sebagai pelajar master bidang fiqh.
Ya, saya baru usai mendaftar dan mengikuti ujian qobul master (28 muharram 1435). Kemungkinan result akan dikeluarkan pada 2-3 hari lagi.
Saya sendiri tidak tahu apakah reaksi saya nanti? Akankah saya sedih, putus asa ataupun saya merasa gembira?
Meskipun percaya dengan takdir Allah kelak, bahkan selalu saya menasihati kawan2 sy utk yakin dgn takdir-Nya.
Tetap saja, hati ini ada hak utk merasa sedih atau gembira.
Ya Allah, Wahai Penjaga Hati, Wahai Pencipta Jiwa, Wahai Penguasa Manusia. Kekalkan diri hamba-Mu ini dengan ketabahan pada Takdir-Mu.
Tuesday, December 10, 2013
Diary 10 december
Sambil menunggu result exam calon master yg mendebarkan, exam2 yg lain menyapa diriku.
Khamis : exam usul fiqh
Ahad : faraid
Isnin : siyasab syariah
Khamis : adyan wa firoq
Ahad : exam seleksi diploma
Isnin : al-quran
Ahad dan seterusnya : final exam utk semua subject semester 7.
Allahumma waffiq naa bima tuhibbuhu wa tardaahu.
Sunday, December 1, 2013
Diary 1 December
Alhamdulillah, hari ini, saya menduduki peperiksaan seleksi peringkat master.
Jika lulus, saya mungkin akan mendapat peluang untuk menambah 4 tahun lagi di madinah. Jika tidak, semoga tahun terakhir saya dimadinah tidak menjadi sia2.
Exam yang sepatutnya dilakukan ketika musim panas, ianya diawalkan menjadi musim sejuk. 5 bulan lebih awal.
Kami hanya diberikan waktu sebulan untuk mengulangkaji seluruh pelajaran bermula dari semester 1-7. Walhal, tika itu, kami baru sahaja usai melaksanakan ibadah haji.
Ya, bermula dari itu, jadwal belajar mula disusun. Mencuba menggapai apa yang mampu dalam masa sebulan. Mengorbankan sekian perkara2 indah demi kejayaan peperiksaan. Bersengkang mata agar tujuan tercapai.
Ia benar2 meletihkan, tiada hari tanpa tekanan. Musim sejuk yang indah pun kurang menawan. Terkadang, stress menjadi kawan.
Perkara ini terus berterusan. Sampai akhirnya, saya tersentak dengan nasihat guru qowaid fiqhiyyah saya, syekh aiman hibsyi.
Beliau masuk ke kelas dan tidak terus mengajar seperti biasanya. Beliau menasihati sebagian dari kami yang mati2an untuk exam master ini, dengan nasihat yang menenteramkan hati saya.
Kata beliau " Aku mendoakan taufiq untuk sebagian dari kalian yang mengambil exam master tahun ini.
Ingin aku katakan, bahwa perkara yang harus kalian tinggalkan pertama kali adalah jangan sampai hati kita ini bergantung kepada kejayaan exam. Lantas, menjadikan ia sebagai tujuan hidup kita.
Tidak, sekali2 tidak. Tapi jadikanlah hatimu itu bergantung kepada Tuhan. Kebergantungan hatimu kepada Tuhan akan menghidupkan jiwamu. Walaupun apapun natijahnya nanti, baik sukses ataupun gagal. Engkau mengetahui bahwa Tuhan telah menyiapkan jalan lain yang lebih baikmu.
Inilah hati yang bergantung pada Tuhan. Hati yg tidak ada ketakutan dengan hasil akhir dari sebuah usaha.
Hanya berusaha bersungguh, melakukan apa yang patut. Kemudian menyerahkannya kepada Tuhan.
Nasihat yang simple bagiku. Tapi cukup mendalam. Aku jadi berfikir kembali dan ianya menenteramkan jiwaku. Semoga sahabat2 aku yang lain, begitu juga.
...........
Ya hari ini, 1 december 2013 - 28 muharram 1435. Aku sudah menyelesaikan sebagian tanggungjawapku pada Tuhan.
Aku tahu, mungkin aku tak sehebat sahabat2 yang lain yang bersama aku dalam ujian ini. Tapi aku gembira, aku diberikan peluang untuk bersama2 mereka. Duduk menjawap kertas ujian selama 3 jam. Bahkan waktu tersebut terlalu singkat sehingga aku terpaksa mengumpulkan kertas jawapan dalam keadaan terpaksa.
Ala kulli alhamdulillah. Jika lulus, alhamdullilah. Jika gagal, alhamdulillah. Apepun yang terjadi, alhamdulillah.
Sekian..
Note : Exam ini adalah untuk masuk ke peringkat master. Qism yang saya ajukan adalah qism fiqh di bawah naungan kuliah syariah.
Jumlah yang menduduki peperiksaan seramai 170 orang dari pelbagai negara.
Sedang yang diterima hanya berkisar 20-25 orang sahaja.
Allahu musta'an. .
. ......
Gambar dibawah ketika saya sedang menjawap soalan. Ada rakan yang ambil dari luar dewan tanpa saya perasan^^
