Monday, May 12, 2014
Sunday, May 11, 2014
Hari terakhir di dirosah degree
Khamis, 8 may 2014..
Berakhir sudah langkah kami berlima dalam menempuh pengajian agama Allah swt.
Masa begitu cepat berlalu, mahu tidak mahu kami terpaksa berpisah jua.
Minggu depan, final exam akan bermula.
Jika lulus semuanya (InshaAllah), maka tamatlah kehidupan degree kami di kota madinah.
Kuliah syariah, daku akan mengingatimu selalu. ^^
......
Gambar dari kiri
1. Saya
2. Mahfuz dari singapura
3. Abdurrahman dari sabah
4. Izzul basri, pelajar stam terbaik dr sabah
5. Asyraf dari singapura
Saturday, April 19, 2014
PERISTIWA 18
Jumaat,18 april 2014. Tarikh yg bersejarah dalam diari hidupku.
Goresan kata2nya berjaya menusuk jiwa. Terasa dalam, meluka di hati.
Hanya mampu dirasa sendiri.
Tuhan yang Berkehendak segalanya terjadi.
Aku patuh menunduk diri.
Beriman bahwa Tuhan ada di sisi.
Melakar takdir untuk kebahagiaanku nanti.
Lamaran aku ditolak, dan aku pun berhenti.
Bermuhasabah kenapa musibah mengerogoti?
Mungkin Tuhan ada rencana-Nya tersendiri.
Tuhan... jadikan ia penghapus dosa.
Bukan pula penambah bencana.
Tuhan, sungguh diriku lemah.
Jangan Engkau buang, diriku di sampah.
Tuhan, kutahu ku ingkar,
Ku berharap, tubuh ini tak Engkau lempar.
Tuhan, padamu aku bersepuh. Kuatkanlah hati yang rapuh.
Tuhan, diriku menangis derita.
Jadikan ia sebagai pahala.
Tuhan aku bersaksi bahwa Engkaulah Pencipta,
Bukan berhala, bukan sesiapa.
Tuhan, ampunkanlah segala dosa.
Kerana untuk-Mu, aku ingin ke surga...
Coretan hati.
19 april 2014, 3.22 pm.
Univ Madinah al-munawwarah
Wihdah 2, tingkat 4, bilik 30.
