Wednesday, February 1, 2012

TRIP TO JORDAN...

Kota Petra 

Kami di kota Petra, yg mana merupakan salah satu dari 7 keajaiban dunia.. Ajaibnye jugak, tiket masuk sejumlah 50 dinar yang bersamaan dengan 250 ringgit. Tapi, qtorg ade kad ajaib (kad pelajar), so qtorg cukup byr 1 dinar shj.

Gua Ashabul Kahfi

Bergambar dengan penjaga kuburan bg Ashabul Kahfi... Citer lengkapnye, korang boleh bc dkt surah Al-Kahfi. Walaupun x pasti ini rojih ke atau tidak, tapi kedudukan dan rupa bentuk gua ini, hampir serupa dengan apa yang ada di dalam Al-Quran. Wallahu a'lam

Benteng Ajloun..

Ajlun Castel adalah antara beberapa buah kubu pertahanan yg dibina utk melindungi kerajaan Ayyubiah drpd serangan tentara salib dr Karak di bahagian selatan dan dari Bisan di Bahagian barat. Kubu pertahanan ini mulai hilang kepentingannya selepas daerah Karak berjaya dirampas oleh tentara Salahuddin al-Ayyubi drpd tentara salib pada tahun 1187 m


Bahrul Mayyit

atau lebih dikenal dengan Laut Mati. Merupakan titik terendah di muka bumi ini. Juga menjadi sempadan pemisah antara negara Jordan dan juga negara Israel. ( lihat daratan yg ada di gambar ). Bagi yg tak tahu berenang. laut mati akan mengapungkan diri anda walaupun sampai ke tengah lautan krn kandungan garam didalamnya sangat tinggi. Dikisahkan juga, ini merupakan tmpt kaum Nabi Lut diazab.


Jerash

Ia merupakan sebuah kompleks tempat tinggal bernuansa romawi. Menurut pakar sejarah.. Ia adalah kota Rom yg terlengkap yg ada di luar itali .sehingga menjadikan kota ini sebagai tujuan kedua para tourist setelah kota Petra. Kota ini terdiri drpd colloseum. tempat pacuan kuda, kuil-kuil lama yg dibangun utk penyembahan dewa2, khususnya dewa Zeus.. dan juga ada masjid Umayyah, yg dibangun tatkala dinasti umayyah dapat melebarkan sayap kekuasaanya disini

Karak Castle

Istana Karak ini terkenal semasa Peperangan Salib namun menurut sejarah kota ini pernah menjadi kubu Moab malah telah didiami Kristian sejak sebelum perang Salib lagi .

Jelas terlihat dari sini jalan perdagangan dan laluan haji ke Makkah di Lebuh Raya di-Raja dan berhampiran dengannya adalah Laut Mati serta Jerusalem . . Pada 1187 M, tentera Solahuddin telah mengepung kota tersebut selama 8 bulan sehingga memaksa tentera pertahanan kota tersebut menjual anak dan isteri mereka untuk makanan . Akhirnya pada 1188 M mereka tewas dan disebabkan kegigihan mereka maka Solahuddin al-Ayubi telah membebaskan mereka . Istana itu kemudiannya diuruskan oleh adik Solahuddin yang telah memperkuat dan mengukuhkan lagi pertahanannya .




Kawasan Peperangan Yarmuk.

Ketika terjadi perang Yarmuk, perang yang terjadi antara kaum muslimin melawan pasukan Romawi (Bizantium), negara super power saat itu, tahun 13 H/ 634 M., Pasukan Romawi dengan peralatan perang yang lengkap dan memiliki tentara yang sangat banyak jumlahnya dibandingkan pasukan kaum muslimin. Pasukan Romawi berjumlah sekitar 240.000 orang dan pasukan kaum muslimin berjumlah 45.000 orang menurut sumber islam 

Pertempuran ini, oleh beberapa sejarawan, dipertimbangkan sebagai salah satu pertempuran penting dalam sejarah dunia, karena dia menandakan gelombang besar pertama penaklukan Muslim di luar Arab, dan cepat masuknya Islam ke Palestina, Suriah, dan Mesopotamia yang rakyatnya menganut agama Kristen.



Kawasan Peperangan Mu'tah

Peperangan ini bermula ketika. Syarahbil Ghassani yang ketika itu menjadi salah seorang hakim kaisar telah membunuh utusan Rasulullah SAW. Membunuh utusan, menurut aturan siapa saja, adalah suatu kesalahan besar. Rasulullah SAW sangat marah atas kejadian itu. Maka Rasulullah SAW menyiapkan pasukan sebanyak tiga ribu orang. Zaid bin Haritsah ra. telah dipilih menjadi peniimpin pasukan tersebut. Rasulullah SAW bersabda, "Jika ia mati syahid dalam peperangan, maka Ja'far bin Abi Thalib ra. menggantinya sebagai pemimpin pasukan. Jika ia juga mati syahid, maka pemimpin pasukan digantikan oleh Abdullah bin Rawahah ra. Jika ia juga mati syahid, maka terserah kaum muslim untuk memilih siapa pemimpinnya".

Maka, 3 ribu angkatan perang muslimin disiapkan utk melawan 200 ribu org dr pihak romawi. Peperangan berlanjutan sehingga ketiga-tiga pemimpin mati syahid kemudian Tsabit bin Arqam mengambil bendera yang telah tak bertuan itu dan berteriak memanggil para sahabat Nabi agar menentukan pengganti yang memimpun kaum muslimin. Maka, pilihan mereka jatuh pada Khalid bin Walid. Dengan kecerdikan dan kecemerlangan siasat dan strategi –setelah taufik dari AllahSubhanahu wa Ta’ala—kaum muslimin berhasil memukul Romawi hingga mengalami kerugian banyak.

Para ulama sejarah tidak bersepakat pada satu kata mengenai jumlah syuhada Mu’tah. Namun, yang jelas jumlah mereka tidak banyak. Hanya berkisar pada angka belasan, menurut hitungan yang terbanyak. Padahal, peperangan Mu’tah sangat sengit. Ini dapat dibuktikan bahwa Khalid bin Walid menghabiskan 9 pucuk pedang dalam perang tersebut. Kesembilan pedang itu patah. Hanya satu pedang yang tersisa, hasil buatan Yaman.

Ummu Qois

 UmmQays adalah sebuah runtuhan kota Greek-Rom. Lokasi Umm Qays betul-betul di sempadan 3 buah negara iaitu Jordan, Syria ( disebelah kanan gambar ) dan Israel ( di sebelah kiri gambar ).

    Dikisahkan, tasik tiberia yg anda lihat didalam gambar, akan mengering yg akan menjadi petanda bahwa era Dajjal akan segera bermula sesuai dgn hadist Rasululllah saw.

Laut Aqabah.

Merupakan pelabuhan bagi negara Jordan. Deretan lampu yg anda lihat di belakang sy, adalah pantai milik negara Israel. Pelabuhan ini juga digunakan bagi orang-orang yg ingin berlayar ke mesir. 




Catatan kaki : Jauh perjalanan، Luas pengalaman



Thursday, November 17, 2011

2 Raka'at = Dunia dan seisinya

Hendaklah bagi setiap Muslim berusaha dalam melakukan amal soleh. Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melintasi sebuah kubur yang baru sahaja ditanam, maka baginda SAW bersabda : "Solat sunat dua rakaat yang kalian menganggapnya biasa, lebih dicintai oleh sang penghuni kubur daripada seluruh kekayaan milik kalian."

Yang dimaksudkan ialah, sekiranya sang penghuni kubur itu diberi pilihan antara mengerjakan solat sunat 2 rakaat dan memiliki seluruh apa yang di dunia dan isinya, maka dia akan memilih untuk melakukan solat sunat 2 rakaat.

Kenapakah dia memilih yang demikian?
Kerana dia tahu, bahawa kebaikan dan amal soleh inilah yang akan bermanfaat baginya ; sedangkan segala yang ada di dunia ini, hanyalah fana belaka.

Dunia bagaikan mimpi bagi seseorang yang sedang tidur. Dia bermimpi bahawa dia sedang mendiami sebuah istana yang indah lagi besar dan memiliki kereta yang mewah. Seandainya kamu datang ke alam mimpinya, kemudian ingin membeli istananya, maka sesekali tidak mungkin dia ingin menjualnya kepadamu, kerana dia sedang berada di dalam kesenangan yang tiada taranya.

Akan tetapi, jika engkau membangunkannya daripada mimpi, dan dia sedar bahawa kekayaan 'mimpinya' itu telah hilang, maka, seandaikan kamu menawarkan untuk membelinya dengan nilai 1 Riyal, sudah pasti dia akan menjualnya.

Kerana dia tahu, bahawa mimpi sudah pun selesai.

Begitu jugalah dengan keadaan kita di dunia ini. Ketika seseorang itu sedang menikmati kekayaan, kemewahan dan kesenangan di dunia ini, kemudian dia meninggalkan dunia, maka hilanglah semuanya.

Sesungguhnya, apabila anak Adam meninggalkan dunia, maka keluarga, harta (hamba) dan amal perbuatannya akan mengiringinya. Kelak, keluarganya dan hartanya (hambanya) akan kembali pulang meneruskan kehidupan, sedangkan dia ditinggalkan bersendirian bersama bekalan amalnya di alam yang lain.


Oleh kerana itu, wahai saudaraku yang dihormati sekelian, kita hendaklah berusaha dalam berbakti dan mengerjakan amal soleh, kerana satu masa nanti, kita akan sangat-sangat memerlukannya.

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang mulia ;
"Pada hari itu (Hari Kiamat), dia akan lari menghindar daripada saudaranya, dan daripada ibunya juga bapanya, dan daripada isterinya serta anak-anaknya..."

Kenapakah dia lari daripada mereka?

Dikisahkan bahawa Nanti, si bapa datang kepada anaknya pada Hari Kiamat, kemudian dia bertanya, "Wahai anakku, bagaimanakah sikapku terhadapmu ketika di dunia?" Maka sang anak menjawab, "Engkaulah sebaik-baik ayah, engkau mengasihi kami, mencari nafkah untuk kami dan.. dan.. dan.."

Kemudian si bapa berkata lagi, "Wahai anakku, aku ingin mengambil satu hasanah/pahala daripada pahala-pahala kebaikanmu."

Apa yang jawaban bagi si bapa tersebut?Anaknya yang amat mengasihi bapanya itu menjawab, "Wahai ayah, aku tidak dapat memberimu akan apa yang kau pinta. Sesungguhnya aku takut timbangan hasanahku akan berkurangan (yang akhirnya akan menyebabkan aku masuk ke dalam api neraka)."

Begitu juga halnya dengan si anak, dia hanya meminta cuma 1 daripada hasanah milik bapanya, lalu si bapa menjawab, "Tidak, wahai anakku. Sesungguhnya aku takut akan berkurangan timbangan kebaikanku."

Sekarang ini, kita berada dalam kehidupan di dunia ; kita mampu untuk melakukan dan mengerjakan dan mengumpulkan sebanyak-banyak hasanah. Maka hendaklah kita sentiasa berusaha ke arah melaksanakan amal soleh.

Wahai saudaraku, janganlah engkau memandang kecil sesebuah kebajikan itu meskipun ia kecil. Siapa tahu, bahawa kebaikan yang kecil itulah menjadi sebab untuk kamu masuk ke syurga.

Rasulullah SAW bersabda, bahawa seseorang telah membuang dan mengalihkan benda yang merbahaya dari tengah jalan, maka Allah berterimakasih kepadanya, dan memaafkan segala dosanya.

Begitu juga Rasulullah SAW bercerita tentang seorang wanita daripada Bani Israel yang menjadi penghuni syurga hanya kerana memberi minuman kepada seekor anjing yang kehausan.

Sekalimbas, ia kelihatan seperti perkara yang mudah dan kecil bagi kita. Begitupula kisah yang masyhur bahawa seorang wanita masuk syurga hanya kerana sebiji kurma.

Maka, hendaklah kita berusaha dalam melaksanakan amal soleh, dan tidak menganggapnya remeh walau sedikit. Begitu juga dengan senyuman. Rasulullah SAW berpesan, "Senyumanmu buat saudaramu adalah sedekah." Janganlah kita bermalas-malasan dalam beramal selagi kita masih bernafas.

Ketahuilah bahawa Allah SWT mengajar kita pelbagai cara untuk melakukan kebaikan. Samada dengan lidah, ataupun dengan amalan hati seperti tawaduk dan khusyuk, serta amalan jasmani, dengan harta, dan aneka bentuk amalan yang ada ; sehingga kita dapat beramal soleh kepada-Nya.

Aku berdoa kepada Allah SWT, agar menjadikan haji kita sebagai haji yang mabrur (diterima), dan usaha-usaha kita usaha yang masykur (mendapat terimakasih daripada Allah), dan dosa-dosa kita semuanya dosa yang maghfur (diampuni), dan semoga Allah membantu kita (memberikan kemudahan kepada kita) dalam mengingati-Nya, dan mensyukuri-Nya, dan berihsan dalam beribadat kepada-Nya.

Rasulullah SAW pernah memegang tangan Muadz r.a kemudian berkata, "Wahai Muadz, demi Allah, sesungguhnya aku mengasihimu, dan janganlah engkau mengakhiri solatmu melainkan engkau berdoa "Allahumma a'inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatika."

Maksudnya : “ Ya Allah, bantulah aku dalam mengingati-Mu, dan bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu”. Kerana sesungguhnya jika Allah membantu anda dalam 3 perkara ini, maka terbukalah baginya pintu-pintu kebaikan.

Allahumma ij'alal a'maalu hasanaatina khawatimaha, wa khairu ayyamina, wa sallAllahu ala Muhammad, wa 'ala alihi wa sohbihi ajmain..

(ceramah ini disampaikan di Mina pada 12 Zulhijjah 1432H dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dgn bantuan sahabat)

Thursday, September 29, 2011

SYARAT DITERIMA IBADAHNYA SESEORANG ITU

Alhamdulillah, sekali lagi Allah masih memberikan saya peluang untuk menulis di blog ini, semoga dapat memberi manfaat bagi diri saya sendiri khususnya dan orang lain umumnya.

Saya rasa bahawa setiap orang dari kita dah pun tahu kalau kita diciptakan oleh Allah untuk memenuhi satu-satunya kehendak Allah SWT iaitu IBADAH.

Sesuai firman Allah SWT :

Dan ( ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku. ( Ad-Zariyat 56 )

Nah… Sekarang Ummat Islam selalu berlumba-lumba ( ini baik ) untuk mencapai keridhoan Allah dalam beribadah. Ada yang bersembahyang malam, puasa daud, bertahlilan, berdoa di kuburan, meletakkan sesajian untuk si mayyit dan sebagainya..

Tinggal yang menjadi soalan, criteria ibadah apakah yang diterima oleh Allah SWT sehingga amalan kita tidak menjadi sia-sia bahkan mungkin menambahkan timbangan dosa kita di akhirat kelak?

Katakanlah ( Wahai Muhammad ) : Mahukan kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? : iaitu orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahwa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. ( Al-Kahfi 103-104)

Ketahuilah bahawa ibadah seseorang itu akan diterima jika dia memenuhi 2 syarat :
  1. Ikhlas kerana Allah
  2. Mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.

Dalil bagi syarat pertama :
Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar ( al-Bayyina 5 )

 Sedangkan dalil bagi syarat kedua adalah :
Barangsiapa yang beramal dengan amalan yang tidak pernah “KAMI” lakukan maka amalan yang dilakukan itu akan ditolak. ( riwayat Muslim )

Perlu digaris bawah kata “ KAMI” untuk menegaskan kepada para pembaca bahwa Rasulullah saw sudah pun bersabda bahwa sebaik-baik kurun yang mengetahui serba-serbi agama adalah zaman Rasululah saw sendiri, kemudian zaman para sahabat, setelah itu zaman tabi’in dan yang terakhir zaman tabiu tabiin.
4 zaman pertama ini, dijuluki oleh para ulama dengan salaful ummah. Semoga Allah SWT merahmati mereka sepanjang masa dan menjadikan kita kelak sebagai salah satu dari mereka.

………………………………..

Dari 2 syarat yang disebutkan tadi, maka manusia di dalam melakukan ibadah akan terbagi kepada 4 bagian.. Pembahasan ini akan saya bawakan di hari lain kelak. Insya Allah.
 

www.luthfi679.blogspot.com