Artikel ini lahir setelah penulis membaca sebuah tulisan yang dibuat oleh sahabat penulis tentang garis kehidupan yang sedang ditempuhinya tika ini. Entah itu benar atau tidak, penulis tidak tahu. Apapun, penulis berharap, artikel ini, setidaknya mampu merubah sudut pandang sahabat baik penulis menjadi lebih bahagia dalam kehidupannya mendatang.
Sebagai pembuka cerita, sahabat penulis ini ingin kembali ke waktu lalu. Kembali merasakan indahnya persahabatan yang dibangun atas nilai2 keikhlasan. Ketika itu, ramai sahabat yang mendatanginya untuk berbual mesra dan begitu juga sebaliknya.
Hanya saja, saat ini, detik ini, waktu ini, bahkan mungkin hari ini, suasana berputar 360 darjah. Dalam erti kata, dirinya dipulaukan, ramai sahabatnya mula menjauhkan diri daripadanya dan kalau ini berterusan, boleh jadi sahabat baiknya pun akan meninggalkan dirinya.
The Question is “ How this kind, can happen ? “
Macam mane perkara ini boleh terjadiiiiiiiiiiii ??? ( arrgh ) – mungkin ini reaksi shbt penulis. Hehehe
Kenape pertanyaan yang tertulis di atas selalu saja membayangi hidup manusia saat ini. Seakan dunia seluruhnya meninggalkan kita sendirian. Kita berdiri ditengah-tengah keramaian tetapi terpaku seakan patung tak dihiraukan. Kenapa dan mengapa ini boleh terjadi?..........
Sahabat….
Ketahuilah, dunia ini penuh dengan warna-warna yang berbeza. Warna saya, dgn warna anda berbeza. Dan begitu juga dengan warna sahabat2 kita yang lain…. Setiap insane memiliki sifat2 yang tidak dapat disatukan dengan serta merta. Perlu masa, waktu bahkan pengorbanan untuk menyatukan perasaan hati kita dengan suasana hati kawan2 kita yang lain.
Sahabat…
Fikirkanlah, berapa banyak dalam keseharian kita minta dipahami daripada memahami isi hati kawan2 kita. Berapa kali kita selalu berkata “ Engkau tu, jahat, tak faham ape orang tengah buat, sikit2 nak kacau aku je ?” daripada berkata “ Ape yang aku boleh tolong kawan ? Nampak macam kau tengah susah hati je sampai selalu kacau aku .. “
Ataupun mungkin kita selalu berkata “ Woi, kau tak Nampak ke, aku tengah sibuk ni ? “ . Daripada berkata “ kawan, sori, aku tengah buzy ni, kejap lagi aku layan kau ”….
Itulah analogi perbezaan antara memahami dan dipahami… Seseorang yang selalu saja minta dipahami terkadang lebih tidak disukai daripada orang yang dapat memahami orang lain. Meskipun, tatkala kita memahami orang lain, kita merasa kecewa dengan perbuatan dia. Tapi, dengan pengorbanan itu semua, kelak, orang yang dapat kita fahami itu akan bertambah dekat dengan kita, sehingga secara tidak langsung kita dapat menasihatkan perbuatan mereka yang mungkin tidak sesuai di hati kita…
Manusia yang selalu memahami kekurangan orang lain, akan menimbulkan rasa persahabatan yang lebih akrab kerana dia tahu bahwa di dunia ini tidak ada yang sempurna. Kesempurnaan hanyalah milik Allah S.W.T semata.
Sehingga apapun yang dilakukan oleh sahabatnya, meskipun perbuatan itu melukai hatinya, dia berusaha bersabar dan berusaha memahami kenapa sahabatnya sanggup melakukan itu? Kelak, percaya atau tidak.. Kedamaian dan Ketenangan lah yang kita dapatkan tatkala kita mampu memahami orang lain.
Rasullullah S.A.W tidak pernah membalas perbuatan yang dilakukan oleh kaum musyrikin suatu masa dahulu. Tika itu, Beliau dilempar kotoran manusia, di hina, di pulaukan, di pijak2, dan bahkan dilempar oleh batu2 ke arahnya saat Baginda berdakwah di Perkampungan Kaum TAIF. Sampai2, Malaikat Jibril menawarkan khidmatnya untuk menjahanamkan kampong Kaum Taif itu dengan kekuatannya.
Tahukan anda apa jawapan Baginda ? Innahum Qauman La ya’lamuu Sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak tahu… ( akan agama Allah- Islam ). Betapa mulianya hati baginda memahami perbuatan mereka yang terkutuk itu.. Betapa bersihnya hati Baginda untuk tidak minta dipahami… Kalau saja Nabi Muhammad minta di pahami, Boleh jadi, Kaum Taif akan mendapatkan nasib yang sama seperti kaum Ad dan Tsamud yang hilang ditelan bumi..
Kerana pemahaman Rasullullah S.A.W itu. Akhirnya, saat Islam sudah bercahaya di madinah dan Mekkah, kaum Taif lah termasuk yang membantu Baginda di dalam menyebarkan islam.
Maka dari itu, renung dan renungkanlah, seberapa banyak dalam diri kita lebih minta dipahami daripada memahami orang lain…
Monday, October 4, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)