Monday, October 4, 2010

Message 4 us....

Artikel ini lahir setelah penulis membaca sebuah tulisan yang dibuat oleh sahabat penulis tentang garis kehidupan yang sedang ditempuhinya tika ini. Entah itu benar atau tidak, penulis tidak tahu. Apapun, penulis berharap, artikel ini, setidaknya mampu merubah sudut pandang sahabat baik penulis menjadi lebih bahagia dalam kehidupannya mendatang.

Sebagai pembuka cerita, sahabat penulis ini ingin kembali ke waktu lalu. Kembali merasakan indahnya persahabatan yang dibangun atas nilai2 keikhlasan. Ketika itu, ramai sahabat yang mendatanginya untuk berbual mesra dan begitu juga sebaliknya.

Hanya saja, saat ini, detik ini, waktu ini, bahkan mungkin hari ini, suasana berputar 360 darjah. Dalam erti kata, dirinya dipulaukan, ramai sahabatnya mula menjauhkan diri daripadanya dan kalau ini berterusan, boleh jadi sahabat baiknya pun akan meninggalkan dirinya.

The Question is “ How this kind, can happen ? “

Macam mane perkara ini boleh terjadiiiiiiiiiiii ??? ( arrgh ) – mungkin ini reaksi shbt penulis. Hehehe

Kenape pertanyaan yang tertulis di atas selalu saja membayangi hidup manusia saat ini. Seakan dunia seluruhnya meninggalkan kita sendirian. Kita berdiri ditengah-tengah keramaian tetapi terpaku seakan patung tak dihiraukan. Kenapa dan mengapa ini boleh terjadi?..........

Sahabat….

Ketahuilah, dunia ini penuh dengan warna-warna yang berbeza. Warna saya, dgn warna anda berbeza. Dan begitu juga dengan warna sahabat2 kita yang lain…. Setiap insane memiliki sifat2 yang tidak dapat disatukan dengan serta merta. Perlu masa, waktu bahkan pengorbanan untuk menyatukan perasaan hati kita dengan suasana hati kawan2 kita yang lain.

Sahabat…

Fikirkanlah, berapa banyak dalam keseharian kita minta dipahami daripada memahami isi hati kawan2 kita. Berapa kali kita selalu berkata “ Engkau tu, jahat, tak faham ape orang tengah buat, sikit2 nak kacau aku je ?” daripada berkata “ Ape yang aku boleh tolong kawan ? Nampak macam kau tengah susah hati je sampai selalu kacau aku .. “

Ataupun mungkin kita selalu berkata “ Woi, kau tak Nampak ke, aku tengah sibuk ni ? “ . Daripada berkata “ kawan, sori, aku tengah buzy ni, kejap lagi aku layan kau ”….

Itulah analogi perbezaan antara memahami dan dipahami… Seseorang yang selalu saja minta dipahami terkadang lebih tidak disukai daripada orang yang dapat memahami orang lain. Meskipun, tatkala kita memahami orang lain, kita merasa kecewa dengan perbuatan dia. Tapi, dengan pengorbanan itu semua, kelak, orang yang dapat kita fahami itu akan bertambah dekat dengan kita, sehingga secara tidak langsung kita dapat menasihatkan perbuatan mereka yang mungkin tidak sesuai di hati kita…

Manusia yang selalu memahami kekurangan orang lain, akan menimbulkan rasa persahabatan yang lebih akrab kerana dia tahu bahwa di dunia ini tidak ada yang sempurna. Kesempurnaan hanyalah milik Allah S.W.T semata.

Sehingga apapun yang dilakukan oleh sahabatnya, meskipun perbuatan itu melukai hatinya, dia berusaha bersabar dan berusaha memahami kenapa sahabatnya sanggup melakukan itu? Kelak, percaya atau tidak.. Kedamaian dan Ketenangan lah yang kita dapatkan tatkala kita mampu memahami orang lain.

Rasullullah S.A.W tidak pernah membalas perbuatan yang dilakukan oleh kaum musyrikin suatu masa dahulu. Tika itu, Beliau dilempar kotoran manusia, di hina, di pulaukan, di pijak2, dan bahkan dilempar oleh batu2 ke arahnya saat Baginda berdakwah di Perkampungan Kaum TAIF. Sampai2, Malaikat Jibril menawarkan khidmatnya untuk menjahanamkan kampong Kaum Taif itu dengan kekuatannya.

Tahukan anda apa jawapan Baginda ? Innahum Qauman La ya’lamuu Sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak tahu… ( akan agama Allah- Islam ). Betapa mulianya hati baginda memahami perbuatan mereka yang terkutuk itu.. Betapa bersihnya hati Baginda untuk tidak minta dipahami… Kalau saja Nabi Muhammad minta di pahami, Boleh jadi, Kaum Taif akan mendapatkan nasib yang sama seperti kaum Ad dan Tsamud yang hilang ditelan bumi..

Kerana pemahaman Rasullullah S.A.W itu. Akhirnya, saat Islam sudah bercahaya di madinah dan Mekkah, kaum Taif lah termasuk yang membantu Baginda di dalam menyebarkan islam.

Maka dari itu, renung dan renungkanlah, seberapa banyak dalam diri kita lebih minta dipahami daripada memahami orang lain…

Wednesday, September 29, 2010

Taken from my deep heart.

Hari ini, aku mulai sadar. Aku sadar kalau aku memilih jalur lain jika dibandingkan kawan2 aku. Dari mereka, ade yg mengambil kedokteran, ke engineringan, ke nursingan dan segal ke- dan –an di akhirnya. Mungkin, hanya diriku yang mengambil jalan dimana rezeki harus di usahakan dari titik nol.

Kenape aku katakan harus ku mulai dari nol………. Kerana pada hakikatnya, jalur2 yang dipilih oleh sahabatku pastinya menjanjikan sisi keuangan yang jelas kerana mereka akan ditarik sebagai staff di semua perusahaan-perusahaan yang kaya raya. Mahu tidak mahu, gaji mereka mungkin akan berlipat ganda jika di bandingkan dengan diriku…

Itulah hakikat dunia ini skrg. Dimana kuffar menjadi ketua dan muslimin menjadi bawahannya. Dari segi apa yang tidak dapat mereka kuasai. WHO, PBB, UNILIVER dan segala macamnya yang lain. Percaya atau tidak, hampir segenap kekuasaan dibawah tangan besi mereka.
Siapa lagi yang akan menjadi pemilik2 perusahaan kalau semuanya mengambil langkah untuk menjadi pekerja. Siapa lagi yang mahu menjadi pemimpin tatkala semuanya minta dipimpin. Siapa, dan siapa lagi yang akan bergerak dan menggerakkan?

Maka disitulah titik dimana BMH harus berdiri. Sebuah Corps yang diambil sesuai nama keluarga… BIN MASRUH HOLDING, berdiri di atas untuk membawa kaum muslimin selangkah atau jutaan langkah lebih maju dibanding kuffar. Dimana Al-quran menjadi terasnya dan Sunnah menjadi panutan serta Salaf menjadi mazhabnya.

Mungkin, di saat ini, ramai pengusaha2 dari kaum muslimin yang telah kaya raya. Hanya saja, akankah kekayaan ini turut di bawa ke akhirat kelak? Pertanyaan inilah yang akan cuba di ketengahkan oleh pihak BMH sebagai langkah pertama menuju ke ummah yang lebih baik.

Perusahaan ini dibangun untuk menerapkan nilai-nilai islam yang murni seperti UMMAH YANG PERTAMA dari tingkat kepengurusan yang paling bawah kepada tingkat yang paling atas. Dimana ketika azan berkumandang, segala aktiviti harus direhatkan. Tatkala, kekayaan yang dapat dikumpulkan, disalurkan untuk membangun sumber daya muslim dan muslimah yang hakiki dan begitu banyak hal lainnya yang dikerjakan semata-mata agar islam maju, berkembang, di atas dan untuk semua golongan tanpa meninggalkan nilai-nilai akhlak dan berjalan di atas landasan yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Semoga ini semua tidak hanya menjadi angan-angan semata. Kelak, kalimat yang ku tulis ini, menjadi bahan bacaan Allah agar menentukan hidupku dan hidup islam menjadi lebih baik, kerana aku berkeyakinan bahwa Allah tidak mahu melihat Islam hilang ditelah bi’dah dan kuffar.

Allahu Akbar
Wassalllahu ala Muhammad.

-Menyambung Perjuangan Ummah Yang Pertama-

Friday, September 3, 2010

Hidup itu...........


Sahabatku, pernahkah anda terfikir atas alasan apa Allah S.W.T menciptakan kita ?

Duduklah di atas kerusi, dan berpikirlah sejenak tentang apa yang telah kita perbuat selama hidup kita ini...

5 minit kemudian, pastinya kita akan sedar bahwa ternyata hidup ini semuanya terhimpun dalam empat perkara yaitu :

1 ) Percakapan
2 ) Diam
3 ) Pandangan
4 ) Gerak

4 hal di atas tidak akan pernah terpisah dalam konteks kehidupan kita sehari-hari.

Kadangkala kita ber-CAKAP dengan saudara, sahabat atau keluarga.

Atau kadangkala, jika malas bercakap pastinya kita akan DIAM.

Dan kadangkala, sekiranya kita berehat, pastinya mata kita akan me-MANDANG jauh ke depan, melihat keadaan di sekeliling kita. Boleh jadi, saat itu kita melihat kucing berjalan di depan pintu, angin menerpa dedaunan pohon, matahari menyinari sebahagian halaman rumah kita dan begitu banyak kejadian lainnya yang dapat diperhatikan dengan 5 human senses kita..

Jika semua yang diatas tidak kita kerjakan, pastinya ada satu perkara terakhir yang mahu tidak mahu, akan kita lakukan. Yaitu kita akan ber-GERAK. Gerak adalah sebuah kosakata yang menerangkan tentang peralihan tubuh kita dari satu tempat ke tempat yang lain.

 Jika dianologikan, maka ia akan seperti ini, misalnya anda ingin mengambil piring di dapur anda. Itu bererti anda bergerak dari tempat anda berdiri ke dapur anda. Inilah yang dimaksud dengan perpindahan/ peralihan tubuh kita from one place to another.

Tetapi…………….

Sayangnya, tidak semua dari kalangan kita melakukan 4 perkara di atas dengan sempurna.

Subhanallah, rupa-rupanya, Khalifah Ali bin Abi Talib telah pun menghipotesiskan perihal di atas di dalam kata mutiaranya yang berbunyi seperti ini :

” Kebaikan itu semuanya terkumpul dalam 4 perkara : Percakapan, diam, pandangan dan gerak.

Tiap-tiap percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia.
Tiap-tiap diam yang tidak disertai dengan memikirkan kebesaran Allah adalah leka.
Tiap-tiap pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai.
Dan tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan perhambaan ( berbuat kerana Allah ) adalah kosong dan tidak mendapat pahala. ”

.............

Sahabat, dunia sudah semakin tua dan alam semesta pun sudah semakin sampai ke penghujungnya. Rasul di akhir zaman telah pun diutus.  Allah mengutus Nabi Muhammad sebagai penyelamat bagi kita semua. Saatnya kita bermuhasabah, bahwa kita tidak selamanya akan hidup dunia ini. Akan ada kehidupan lain di masa akan datang. Itulah alam kubur dan alam akhirat

Kemanakah jalan yang akan kita tempuh ?

Wednesday, June 9, 2010

PILIHAN SETIAP HARI

(Approaching Each Day)

Hari ini aku bangun pagi-pagi, dengan kebebasan untuk memilih hari macam apa yang akan kujalani.

Hari ini, aku boleh berkeluh kesah kerana hujan sepanjang hari atau bersyukur kerana rumput di halaman mendapat siraman tanpa bayar

Hari ini, aku boleh merasa sedih kerana tidak punya banyak uang, atau merasa bahagia kerana keadaan keuanganku menuntut agar aku merencanakan pembelanjaanku dengan bijak dan menuntunku untuk tidak melakukan pembaziran.

Hari ini, aku boleh mengomel tentang badanku yang kurang sehat atau bergembira kerana aku masih dibiarkan hidup di dunia.

Hari ini, aku boleh menangis kerana mawar-mawar itu berduri atau merasa bersyukur duri-duri itu ditumbuh mawar.


Hari ini, aku boleh mengomel kerana harus bekerja atau merasa gembira kerana punya pekerjaan


Hari ini, aku boleh menggerutu kerana tugas rumah tangga yang harus kuselesaikan atau merasa bersyukur kerana mempunyai naungan untuk jiwa dan ragaku.


Hari ini, terbentang di hadapanku menunggu untuk dibentuk, dan di sinilah aku, sang pemahat yang siap membentuknya ke dalam rupa yand kukehendaki.


Bagaimana keadaan hari ini semua tergantung kepadaku. Dan aku harus menentukan hari macam apa yang kukehendaki.


Adapun engkau, bagaimana akan kau jalani hari ini?


Author Unknown


Friday, May 28, 2010

SELAMAT HARI GURU



Alhamdulillah, buat kesekian kalinya, perayaan Hari Guru dapat berlangsung dengan lancar dan selamat. Hanya saje, pada tahun ini, Hari Guru terasa lebih meriah dibandingkan dengan sebelumnya. Ini disebabkan oleh kehadiran penulis yang secara tidak langsung turut meraikan jerih-payah guru-guru penulis semasa penulis  duduk di bangku Sekolah Rendah zaman dahulu.

Acara yang di targetkan bermula dari pagi, terpaksa diundurkan waktunya, kerana rahmat Allah yang datang secara tidak terduga (hujan-red ), membasahi seluruh bumi ABIM. Limpahan airnya bagaikan doa untuk para guru-guru agar terus berjuang mendidik kader ummat untuk kejayaan bangsa. Sesuai dengan Janjinya Allah 

مثل الذين ينفقون اموالهم في سبيل الله كمثل حبة انبتت سبع سنابل في كل سنبلة مائة حبه والله يضاعف لمن يشاء والله واسع عليم

Barang siapa yang menyedakahkan hartanya kepada Allah, bagaikan sebuah benih/biji ( kebaikan-red ) yang tumbuh daripadanya tujuh tangkai, dan setiap tangkai itu menghasilkan 100 biji yang lain. 

Subhanallah, inilah ganjaran di dunia maupun di akhirat kelak bagi guru-guru ABIM yang terus-terus berusaha  menggali potensi anak-anak didiknya untuk meraih prestasi meskipun itu mengorbankan harta, jiwa, raga, maupun nyawa mereka sendiri.

Kembali kepada tajuk diatas, Hari Guru di ABIM berlangsung dengan suasana yang sangat meriah. Saat itu, seluruh murid-murid ABIM, Seri maupun Semi berkumpul di  lapangan sekolah untuk sama-sama menyaksikan IKRAR daripada Guru-guru untuk anak muridnya diteruskan dengan Koor Paduan Suara Guru Malaysia.

Setelah itu, guru-guru diberi waktu sekian menit untuk mengganti baju, preparing untuk SUKANEKA antara kami semua. Permainan berlangsung dengan rancak dan asyik, hingga akhirnya matahari tersenyum dengan hangatnya di atas kepala seluruh warga ABIM seakan meminta acara permainan dilabuhkan tirainya.

Turut dengan kehendak matahari, tidak bermaksud semangat guru-guru semakin berkurang. Bahkan bertambah, bertambah dan bertambah. Ini kerana ketika guru-guru sedang berehat seketika di ghurfah, ratusan murid membanjiri bilik guru untuk memberikan hadiah sebagai tanda syukur atau terima kasih kerana telah mendidik dan mengajar mereka. Alhamdulillah, penulis turut mendapat curahan itu, berbentuk hadiah maupun hanya sekadar doa saje.



Pendek cite, meja penulis penuh dengan hadiah dari murid-murid yang dikenal maupun yang tak terkenal. hehehe

Semoga saje, hadiah yang diberikan tidak berakhir di situ. Tetapi, rase kasih sayang antara sesama serta kemahuan untuk menuntut ilmu semakin meningkat dengan berjalannya acara seperti ini.

Tepat pukul 1.30, kedengaran suara Allah ( azan ) memanggil para hamba-Nya untuk melaksanakan sholat dzuhur berjama'ah. Seluruh penghuni Kompleks ABIM  melaksanakan dengan khusyu' lalu berdzikir kepada-Nya dengan membaca surah Yassin agar Allah merahmati dan meridhoi perjuangan pendidikan yang suci ini.


Eit, eit, eit, Jangan berhenti baca dulu ( belum habis lagi tau )



 Ketika matahari telah meringankan senyumannya, ( 2.30 pm ), guru-guru diminta berkumpul di Surau untuk saling berbagi hadiah dan menyampaikan isi hatinya kepada guru-guru  yang lain. Tapi sebelum itu, majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah serta kotak beracun.

Entah pasal ape, penulis mendapat 2 nasib. Satu baik, satu buruk. First time, nama penulis dibacakan ketika cabutan bertuah, ( inilah seumur hidup penulis kene ngan cabutan yang satu ni, hehehe). 20 minit setelahnya, nama penulis disebutkan pula ketika sesi kotak beracun. Heiiii, nak tak kene kenelah nyanyi. Selamat sekolah tak runtuh mendengar suara penulis. hehehe.

Kemudian acara berakhir dengan menikmati juadah petang yang disediakan oleh pengerusi untuk guru-guru. Menunya terdiri daripada Ayam KFC, roti arab, sup cendawan ( ini favorit penulis ), kuah sweet and sour dan kek yang besarnya semeja. Belum lagi juadah ringan yang lain. Alhamdulillah99x, di saat ada rakyat di negara yang lain sedang kebuluran. Allah masih memberikan rezeki kepada kami semua.

nb : oh ye, hadiah penulis pada hari Guru ditujukan kepada teachar Raihan.
        
untuk gambar2 yang lain bolehlah didapatkan di :
http://www.facebook.com/photo.php?pid=30958178&id=1150096906#!/photos.php?id=1150096906




Thursday, May 20, 2010

Pentingnya sebuah Keyakinan

Seorang profesor filosofi yang atheis berbicara dalam kelasnya mengenai masalah antara ilmu pengetahuan dan Tuhan. Dia bertanya pada salah seorang mahasiswa baru.

Profesor (prof): Jadi, kamu percaya pada Tuhan?
Mahasiswa (ms): Tentu, prof.
Prof: Apakah Tuhan itu baik?
Ms: Tentu
Prof: Apakah Tuhan mahabisa?
Ms: Ya
Prof: Saudaraku meninggal karena kanker meskipun dia telah berdoa kepada Tuhan untuk menyembuhkannya. Sebagian besar manusia, teman-teman sekitar kita akan menolong orang yang sakit. Tapi Tuhan tidak. Bagaimana Tuhan seperti ini bisa bisa dikatakan baik? Hmm?
Ms: (Mahasiswa diam)
Prof: Kamu tidak dapat menjawab bukan? Mari kita mulai lagi. Apakah Tuhan itu baik?
Ms: Ya, tentu.
Prof: Apakah iblis itu baik?
Ms: Tidak
Prof: Dari mana datangnya iblis?

Ms: Dari....Tuhan.
Prof: Tepat. Sekarang katakan padaku, apakah di dalam dunia ini terdapat iblis?
Ms: Ya.
Prof: Iblis berada dimana-mana bukan? Dan Tuhan tidak berbuat apapun bukan?
Ms: Ya.
Prof: Jadi, siapa yang menciptakan iblis?
Ms: (Mahasiswa tersebut tidak menjawab)
Prof: Di dunia ini terdapat kesakitan? Kematian? Ketakutan? Kejelekan? Semua ini merupakan hal-hal yang mengerikan yang ada di dunia ini bukan?
Ms: Ya, prof.
Prof: Jadi, siapa yang menciptakan hal-hal tersebut?
Ms: (Mahasiswa tersebut tidak menjawab)
Prof: Ilmu pengetahuan menyebutkan bahwa kamu mempunyai 5 indera yang dipakai untuk mengetahui dan mengamati lingkungan sekitarmu. Katakan padaku nak, pernahkah kamu melihat Tuhan?
Ms: Tidak pernah prof.
Prof: Katakan padaku, apakah kamu pernah mendengar suara Tuhan mu?
Ms: Tidak pernah prof.
Prof: Pernahkah kamu menyentuh Tuhan mu, merasakan Tuhan mu, mencium keberadaan Tuhan mu? Pernahkah kamu mempunyai pengalaman dengan inderamu mengenai kehadiran Tuhan?
Ms: Tidak pernah, prof.
Prof: Lalu kamu masih percaya kepada Nya?
Ms: Ya.
Prof: Secara emperis, terukur, percobaan perlakuan, ilmu pengetahuan mengatakan Tuhan mu tidak eksis. Apa yang dapat kamu katakan mengenai itu, nak ?
Ms: Tidak suatu apapun. Saya hanya mempunyai keyakinan saya.
Prof: Ya, keyakinan. Itulah masalah yang dihadapi ilmu pengetahuan.


Ms: Prof, apakah panas itu ada?
Prof: Tentu.
Ms: Dan tentu juga ada yang namanya dingin?
Prof: Ya.
Ms: Tidak prof. Itu tidak benar.
(Ruang perkuliahan itu menjadi sangat hening)
Ms: Prof, kau dapat merasakan panas. Lebih panas, super panas, mega panas, sedikit panas, atau tidak panas. Tapi kita tidak mempunyai `dingin'. Kita dapat mencapai 458 derajat di bawah nol dimana tidak terdapat panas. Tapi kita tidak dapat lebih dari itu. Tidak ada yang namanya dingin. Dingin hanyalah suatu kata yang digunakan untuk mengambarkan ketidakadaan panas. Kita tidak dapat mengukur dingin. Panas adalah energi. Dingin bukanlah lawan dari panas, prof, hanya ketidakadaan dari panas. (Keheningan terasa saat mahasiswa tersebut berhenti bicara)
Ms: Bagaimana dengan kegelapan prof? Apakah ada yang namanya kegelapan?
Prof: Tentu. Apakah malam itu jika tidak ada kegelapan?
Ms: Kau salah lagi prof. Kegelapan adalah ketidakadaan dari sesuatu. Kau bisa mendapatkan cahaya redup, cahaya normal, cahaya terang, cahaya yang berkedip-kedip. Tapi jika kau tidak mempunyai cahaya, kau tidak memiliki apapun dan itu disebut kegelapan, bukan? Dalam realitas kegelapan itu tidak ada. Jika ada, kau akan mampu membuat kegelapan semakin gelap bukan?
Prof: Jadi, apa maksudmu anak muda?
Ms: Prof, maksudku adalah premis filosofismu terbantahkan.
Prof: Terbantah? Dapat kau jelaskan bagaimana?
Ms: Prof, kau mencoba menjelaskan dalam premis dualitas. Kau berpendapat bahwa ada kehidupan dan kemudian ada kematian, Tuhan yang baik dan Tuhan yang jahat. Kau melihat konsep keTuhanan sebagai sesuatu yang terbatas, sesuatu yang dapat kita ukur. Prof, ilmu pengetahuan bahkan tidak dapat menjelaskan suatu pikiran. Pikiran menggunakan listrik dan magnetik, tapi tidak pernah terlihat, tidak pernah dipahami sepenuhnya oleh siapapun. Untuk melihat kematian sebagai lawan dari kehidupan adalah tidak peduli terhadap kenyataan bahwa kematian tidak dapat eksis sebagai hal yang substansial. Kematian bukanlah lawan dari kehidupan, hanya ketidakadaan kehidupan. Sekarang, katakan padaku prof, apakah kau mengajarkan mahasiswamu bahwa mereka merupakan hasil evaluasi dari monyet ?
Prof: Jika kau menarik referensi dari proses evaluasi alam, tentu, saya mengajarkan hal tersebut.
Ms : Pernahkah kau mengamati proses evaluasi dengan mata kepalamu sendiri prof ?
Prof: (Profesor tersebut menggelengkan kepalanya dengan sedikit tersenyum, mulai memahami kemana pembicaraan tersebut mengarah).
Ms : Karena tidak ada seorangpun yang pernah mengamati bagaimana proses evaluasi dan bahkan tidak dapat menjelaskan bahwa proses ini masih terus berjalan, apakah kau tidak mengajarkan sesuatu yang hanya pendapatmu, prof?
(Kelas menjadi riuh dengan bisik-bisik pelan para mahasiswa)
Ms: Apakah ada seseorang di kelas ini yang pernah melihat otak professor?
(Seketika terdengar tawa riuh dalam kelas)
Ms: Apakah ada seseorang di sini yang pernah mendengar otak professor, menyentuhnya, merasakannya, atau menciumnya?... Tidak seorangpun bukan. Jadi, menurut ketetapan empiris, percobaan perlakuan, ilmu pengetahuan mengatakan bahwa professor tidak mempunyai otak. Dengan segala hormat prof, jadi bagaimana kami dapat mempercayai kuliahmu, prof?
(Ruangan menjadi hening. Profesor memandang kepada mahasiswa tersebut, mukanya tidak dapat di tebak)
Prof: Aku rasa, kau dan teman-temanmu harus melihatnya dengan keyakinan, nak.
Ms: Tepat prof…penghubung antara manusia dan Tuhan adalah KEYAKINAN. Itulah yang menjaga semua hal bergerak sebagaimana mestinya dan kehidupan tetap berjalan.

Saturday, May 15, 2010

Best Memory



3 tahun sudah pun berlalu, dari hari berubah ke minggu, dari minggu berubah ke tahun sampai lah saat ini di mana goresan nostalgia zaman dulu masih mengalir deras di sanubari penulis.

Benarlah kata seorang ulama’, “ persahabatan adalah cara tuhan mengurus kita “. Dengan sahabat, manusia mampu menuju ke hidup yang lebih berarti.

Gambar diatas, merupakan jumlah keseluruhan Siswa Akhir KMI ( form six ) tahun 2008, yang selama 6 tahun berturut-turut telah menemani perjalanan penulis dalam menempuh proses pendidikan dan pengajaran di Pondok Modern Darussalam Gontor.

Seramai 880 orang telah merubah diri penulis secara keseluruhan. Prinsip penulis yang selalu mengatakan ” life is better  without bad boy ” berubah kepada  ” Best part of  my life,   when bad boy come to us”. Dengan kehadiran merekalah, kita dapat menilai diri kita kembali. Mereka lah yang selalu mengingatkan diri penulis bahwa baik ataupun jahat bagaimanapun manusia itu, tugas kita sebagai sahabat adalah menemani mereka dan membimbing mereka ke arah yang lebih baik. Ingatlah, bukan tugas kita untuk mengusahakan agar orang mencintai kita, tapi tugas kita adalah mencintai orang.

Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illa Allah. Allahu Akbar.

Terima Kasih Wahai Tuhanku, Engkau telah menciptakan mereka untuk menjadi sahabat seperjuanganku. Engkau telah memenuhi memori diriku dengan indahnya persahabatan yang mereka ulurkan padaku. Meskipun terkadang ia bercampur dengan suka duka antara kami.

Jadikanlah Kami selalu terikat antara satu sama lain di dalam memperjuangkan hakikat hidup ini, dan pertemukanlah kami semua di destinasi terakhir-Mu yang terindah iaitu syurga-Mu. Janganlah Engkau pisahkan diri kami, berjalan ke arah yang tidak Engkau ridhoi.

Thursday, April 8, 2010

Rintihan hamba-Mu Ya Ghoffar.............


Bismillahirramanirrahim,
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Alhamdulillah, hari ini, Engkau masih memberikan kesempatan hidup untukku sehari lagi. Engkau masih memberikan nikmat sehat bagi seluruh tubuhku. Engkau masih memberikan keluarga yang belum kembali ke Rahmat-Mu. Engkau masih memberiku tempat tinggal agar aku mudah berdzikir kepada-Mu. Engkau masih terus-menerus memberiku padahal Engkau tahu bahawa aku tidak mampu membalas kebudikan-Mu, Wahai Tuhanku.

Alangkah celakanya diriku, jika aku tidak mensyukuri nikmatmu. Alangkah, besar adzab-Mu, jika aku mengkufuri apa yang kau berikan. Alangkah, kotornya diriku saat aku memalingkan diriku daripada-Mu.

Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah.

Wahai Tuhanku yang Maha Pengampun. Sesungguhnya engkau berkata bahwa Ampunan-Mu lebih besar daripada lautan dosa kami. Rahmat-Mu lebih luas daripada kejahatan yang telah kami lakukan. Bagaimana kami mampu membalasnya ?. Walaupun, kami beribadah setiap pagi dan malam, shalat 5 kali sehari bahkan berpuasa sepanjang minggu, belum mampu menjamin mengecapi syuga-Mu Ya Allah.

Ribuan syaitan datang menghasut diri setiap saat, panggilan nafsu terus tergiang-giang di hati  ini. Kepada siapa lagikah aku harus berlindung melainkan kepada-Mu Ya Allah.

Aku takut Ya Allah, takut saat di Hari Mahsyar nanti, aku kehilangan Kasih Sayang-Mu kerana selalu melupakan-Mu di dunia ini. Zaman ini, Wahai Tuhanku, terlalu banyak kesenangan dunia yang mampu melalaikanku dari mengingati-Mu. Tariklah Nyawa ini secepatnya sebelum syaitan menjadi sahabatku. Dan, jika Engkau meridhoiku, perpanjanglah umurku ini, agar aku mampu membasahi lidahku dengan berdzikir kepada-Mu.

Wahai Tuhan, aku tahu, aku mengerti, bahkan aku memahami siapalah diri yang hina ini layak menjadi ahli syurga tanpa Ridho-Mu, tetapi aku takut untuk melihat siksaan api neraka-Mu Ya Allah, apalagi untuk menjadi bahan bakarnya. Maafkanlah diriku Wahai Tuhanku, kerana Siapa lagi yang dapat Memaafkan diriku kalau bukan Engkau Ya Allah yang Maha Dzat Suci.

Aku yakin dan aku percaya bahawa setetes api neraka-Mu, jika jatuh ke bumi, maka bumi yang dipenuhi dengan orang-orang yang sombong kepada-Mu, dan bangunan-bangunan yang menjadi kemegahan kami, akan hancur sekelip mata. Jikalau begitu, bagaimana aku sanggup untuk berdepan dengan kemarahan api neraka-Mu. Bagaimana mungkin diri ini, mampu untuk menghadap kepada-Mu saat di Hari Hisab nanti dengan jasad yang berlumuran dosa.

Allahu Akbar, Allah Maha Besar, Maha Pengampun, Maha Memberi Rahmat, Maha Kuasa atas segala-nya, ku pohon sekali lagi Ya Allah.

”Ambillah nyawa ini, jika Engkau tahu bahwa di saat akhir hidupku, aku akan membelakangi-MU. Aku ingin mati dalam iman masih di dada, dalam kepercayaan bahwa Engkaulah Tuhan-Ku. Janganlah, Engkau hilangkannya sebelum Engkau mencabut nyawaku”

”Engkaulah Yang Maha Berkehendak, hanyalah Ridho-Mu yang ku harapkan. Jika Engkau masih memberiku kehidupan di esok hari, basahkanlah lidah ini dengan dzikir-Mu, penuhkanlah hati ini dengan cinta-Mu, bersihkanlah fikiran ini dengan Nur-Mu dan jadikanlah aku sebagai hamba yang selalu bersyukur kepada-Mu.

MAAFKANLAH AKU YA ALLAH, TUHAN YANG MENCIPTAKAN-ku.



Tuesday, April 6, 2010

Diary March 2010




Akhir bulan March, aku diamanahkan oleh Pihak Sekolah ABIM untuk menggantikan kelas bagi Guru yang mendapat cuti bersalin. Mungkin, amanah ini akan ku jalani selama 2 bulan penuh.

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana Allah memberikan kesempatan kepada diriku untuk berbuat kebaikan kepada Ummat-Nya seiring dengan umurku yang semakin hari, semakin berkurang. Tetapi, aku juga takut akan murka Allah, sekiranya aku kurang cekap dalam melaksanakan amanah ini.

KRONOLOGI PENGALAMANKU.........

Hari pertama, aku memasuki Kelas 2 Hamzah untuk berbagi ilmu tentang bahasa arab. First time masuk, aku rasa menyesal jugak kenape aku menerima amanah ini.. Ini kerana, sifatku yang belum dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan untuk darjah 2 dan 3. Tapi, mengingat akan janji-Nya Allah kepada Hambanya tentang amal jariyah setelah aku meninggal nanti, membangkitkan kembali semangat aku untuk terus berbuat hasanah selama nyawa masih di kandung badan.

Second Day pulak , rasa keserasian diriku kepada anak murid masih belum berlaku. Kelelahan akibat melayani karenah budak-budak berterusan sehingga kebawa-bawa dalam mimpi tidurku. Seakan-akan, aku masih mengajar dalam kelas meskipun aku di alam mimpi.

Hari ketiga apalagi, keadaan masih belum stabil. Tetapi aku mulai menikmati indahnya bersama mereka. Tingkah  laku mereka yang melucukan, mengembalikan nostalgia diriku pada suatu saat dahulu.

Yaumul robi’, yaumul jum’ah. Hari yang dirahmati oleh Allah S.W.T, hari di mana, pelawak hiburan Malaysia, Din Beramboi, kembali ke pangkuan-Nya. Tetapi, kehilangan itu seakan tidak berpengaruh kepada pemikiran anak murid  sekolah ABIM. Karenah mereka masih saja berlaku, bahkan bertambah. Subhanallah, kalau bukan kerana Syurga-Nya, mungkin aku akan menarik diri untuk mempesiapkan diri dahulu sebelum melangkah ke alam guru murid sekolah rendah.

Cuti Sabtu dan Ahad telah berlalu. Hari ni, hari Isnin, penghulu hari persekolahan, Bismillah,  aku melangkah masuk ke sekolah dengan niat yang baru. Niat demi MENCETAK KADER UMMAH UNTUK KEJAYAAN BANGSA. Walaupun, hanya sebesar dzaarrah, semoga  pahala sekecil  itu dapat menghindarkan diriku dari api neraka.

Doa pembaca demi ketegaran penulis, sangat diharapkan. Agar semoga di saat akan datang, generasi pemuda akan datang di bawah kepimpinan anak murid didikan guru-guru ABIM saat ini.  


Thursday, March 4, 2010

Al-Haqqu Bila Nidzomin Yaghlibuhul Batil Bi Nidzomin.




            Kalimat di atas merupakan kaca bagi umat muslim se-dunia sekarang. Inilah penyebab kenapa  Israel dan Amerika selangkah di depan kita. Mereka merajai kita dari segala segi. Ekonomi, politik, keuangan, pendidikan, pengajaran semuanya dikuasai oleh mereka. Ibarat kapas, yang bergerak sesuai dengan tiupan mereka. Inilah hakikat yang tidak dapat kita hindari jika kita sendiri tidak mengubahnya bermula dari sekarang.

            Tajuk di atas jika diadaptasikan ke bahasa melayu bermaksud ” Kebenaran, jika tidak diuruskan dengan rapi dan efisiensi akan dikalahkan oleh kesesatan, yang memiliki tingkat kedisiplinan yang tinggi.” Mengakui kekuatan musuh adalah awal langkah kita menuju kejayaan. Tapi, bukan bermaksud untuk melemahkan semangat dan kemampuan aset yang kita miliki melainkan sebagai tolak ukur perbandingan bagi kita untuk menutup kelemahan kita demi sesuatu yang lebih baik.

            Allah S.W.T sendiri selalu berfirman di dalam kalam sucinya Al-Quranul Karim tentang pentingnya melakukan perbandingan. Sebagai contoh, Di surah Ad-Dhuha, Allah menegaskan tentang kehidupan yang dimiliki oleh Rasulullah S.A.W ketika Baginda dalam keadaan yatim kemudian Dia melindunginya. Dan Dia mendapati Nabi Muhammad sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberi petunjuk, dan Dia mendapati baginda sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberi kecukupan.

            Pentingnya perbandingan agar kita sebagai manusia selalu merasa bersyukur dengan apa yang dimiliki tapi tidak merasa puas. Kerana kepuasan menyebabkan kita berhenti dari pekerjaan kita sedangkan kesyukuran menambah etos kerja kita dalam bergerak untuk Allah S.W.T semata.

Perbandingan Umat Islam dan  Kafiriin.

            Dewasa ini, kepimpinan akan politik, medic, engineering, economic dan hampir kesemuanya di bawah atap Amerika Syarikat dan Israel. Mereka menguasai manusia dari segala aspek. Sulit untuk dihindari kerana perkhidmatan mereka lebih memudahkan dibandingkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Umat Islam sendiri.

Sebagai perbandingan, kita boleh melihat HP NOKIA dengan HP yang dicipta kalangan kita. Kemampuan antara dalam memuaskan pelanggan bagaikan sama’ wal bi’ir. Ini kerana pencipta aplikasi dari kedua perusahaan berbeza antara satu sama lain. Atau, boleh dikatakan umat islam kekurangan aset dalam acedemic. Kecenderungan terhadap agama sahaja boleh menyebabkan kita kalah dalam keduniaan.

Ini bertentangan dengan Keinginan Allah ketika mencipta manusia....

Bismillahirrahmanirrahim,

Wa iz qolarubuka lil malaikati inni jailun fil ardi kholifah
Dan ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat bahwa sesungguhnya Aku ingin menciptakan manusia sebagai kholifah di atas muka bumi ini.


 Rasululullah S.A.W pernah bersabda :

Al mu’minu al qowiyyu ahabbu ila Allahi minal mu’mini ad-doifi
Orang mu’min yang kuat itu lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah.

            Jadi, tugas kita sebagai orang mu’min hendaknya menjadi pemimpin bukanlah yang dipimpin. Tetapi ingat, kita harus siap memimpin dan siap dipimpin oleh imam kita. Jika tidak, maka kita tidak ubah seperti yang tertera di JUDUL.

            Awas, Niat  merupakan asas dalam berbuat. Marilah kita tetapkan dalam diri kita bersama untuk menjadi ULAMA YANG INTELEKTUAL BUKAN MANUSIA INTELEK YANG TAHU AGAMA. Kerana sebagian dari kalangan kita telah banyak menjadi golongan yang kedua dibandingkan dengan firqoh yang pertama. Naudzubillahi min zalik.

Berbuat, bekerja, bergerak kerana Allah semata.

Tuesday, March 2, 2010

Kata Imam Syafie dalam menghadapi kematian.




"Pang!" Pintu penjara yang terletak di tepi kota Baghdad ditutup kuat, membingitkan telinga-telinga yang mendengarnya.
    
            “Jangan sesekali kalian cuba membuat onar dan sebarang kekecohan di sini. Kelak pasti kalian dihukum dengan hukuman yang lebih berat,” kata penjaga penjara dengan tegas.

            Imam Syafie dan pengikutnya hanya berdiam diri. Lambat-lambat mereka mengengsotkan badan mereka ke tepi dinding bagi yang teramat lemah dan letih itu. Sesungguhnya berada di penjara itu lebih baik daripada dipaksa berjalan di tengah padang pasir yang panas dan terik seperti yang sudah mereka tempuhi dari kota Najran ke kota Baghdad dengan tangan terikat  selama dua bulan sebelum ini.

            ” Wahai Imam Syafie, pada perkiraanmu apakah yang akan terjadi kepada kita selepas ini? Mungkinkah akan berakhir ke tali gantung?” tanya  muridnya Abdul Razzaq, perlahan. Beliau begitu dahaga. Tekaknya terasa perit dan kesat pada saat itu


            ”Ataupun mungkin sahaja bukan ke tali gantung, tetapi ke pedang bagi dipancung oleh Khalifah Harun Ar-Rasyid, wahai Abdul Razaaq,” sambung muridnya yang lain, Waliyyuddin tanpa sempat Imam Syafie menjawab soalan itu terlebih dahulu. Waliyuddin memandang wajah Abdul Razaaq dengan muka yang bercahaya dan penuh kegembiraan, panji syahid berkibar megah di piala hatinya. Sungguh, beliau sudah tidak sabar mahu bertemu kekasih hatinya iatu Allah yang Maha Agung.

            ”Saya sendiri tidak dapat menjangka apa yang akan kita tempuhi selepas ini, kerana saya juga seperti kalian, hanya manusia biasa malah hamba yang lemah, berserah dan bertawakal sahaja serta Dialah juga yang Maha menTaqdirkan segala sesuatu,” ujar Imam Syafie kepada kesemua sahabatnya.

            Sahabat-sahabat Imam Syafie hanya mengangguk-anggukan kepada tanda mengerti. Ada juga sesetengah dariapda mereka hanya berdiam diri, mungkin kerana memikirkan apa yang bakal Allah takdirkan buat mereka selepas ini.

            ”Sekiranya pedang pancung yang menanti kita selepas ini, bersyukurlah kerana kita ditakdirkan bertemu Allah tidak lama lagi. Tetapi sekiranya bebas dari penjara ini yang diberikan, bersyukurlah kerana Allah bentangkan peluang dan ruang masa yang lebih untuk kita terus berbakti dan mengutip timbunan-timbunan pahala di sepanjang jalan dakwah dan perjuangan ini, wahai sahabat-sahabat seakidahku,”  tambah Imam Syafie lagi sambil menggerak-gerakkan kedua-dua belah tangannya yang agak kebas itu.

Renungan


            Ikhwati fillahi, kisah ini terjadi saat Imam Syafie dituduh memberontak atas nama puak Alawiyah ataupun Syiah kepada Gubernur Najran yang baru as-Saud. Walhal, gubernur itu dendam dengan Imam Syafie saat ditegur akan kelalaiannya dalam menjalankan tugas dan penggunaan uang di Baitul mal untuk kepentingan pribadi. Akhirnya, dia memfitnah Imam tersebut dengan mengirimkan surat kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid tentang perbuatan yang sama sekali tidak pernah dilakukan oleh Imam Syafie.

Hasilnya, Imam Syafie beserta pengikut-pengikutnya diiringi oleh pasukan berkuda Khalifah dari Kota Najran menuju ke Pusat Pemerintahan Abbasiyah di Baghdad dengan tangan yang terikat oleh besi dan berjalan kaki untuk diadili.

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah. Betapa luar biasa akhlak beliau jika dibandingkan dengan manusia saat ini. Kesabarannya dalam menghadapi dugaan melebihi kita semuanya. Bahkan, meskipun kematian di ambang mata, keteguhannya akan janjinya Allah tetap berkibar di hati. Jauh sekali jika dibandingkan dengan keadaan kita semua saat ini.

            Dulu kala, penulis masih takut akan menghadapi kematian, kerana belum siap meninggalkan kesenangan dunia. Tapi, sekarang, penulis merasa bahwa dunia itu hanya tempat kita berbuat. Yang mana perbuatan tersebut, akan kita tanggungjawabkan ke Allah kelak. Maka barangsiapa yang menjual kesenangan dunia untuk mendapatkan akhirat, beruntunglah dia, kerana Allah berfirman

Bismillahirrahmanirrahim,



"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan (balasan) syurga untuk mereka (disebabkan) mereka berperang dijalan Allah: maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam Taurat Injil dan Al-Qur’an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah ayat 111)."


            Lihatlah kebahagiaan Imam Syafie dalam menghadapi keraguan antara dihukum mati ataupun tidak. Dua-duanya disyukuri olehnya. Inilah, manusia yang sejati, manusia yang hidup dan mati untuk Allah S.W.T.


Sedangkan kita?................

Saturday, February 27, 2010

تقدير رزق ابن ادم وأجله وعمله



عن أبي عبد الرحمن عبد الله بن مسعود رضي الله عنهما
 قال : حدثنا رسول الله صلي الله عليه وسلم وهو الصادق المصدق :
(( إن أحدكم يجمع خلقه في بطن أمه أربعين يوما  , ثم يكون علقة مثل ذلك ,
 ثم يكون مضغة مثل ذلك, ثم يرسل إليه الملك فينفخ فيه الروح ويؤمر بأربع كلمات :
 بكتب رزقه وأجله وعمله وشقي أو سعيد, فو الله الذي لا إله غيره ,
 إن أحدكم ليعمل بعمل أهل الجنة حتي ما يكون بينه وبينها إلا ذراع فيسبق عليه الكتاب
 فيعمل بعمل أهل النار فيدخلها, و إن أحدكم ليعمل بعمل أهل النار حتي ما يكون بينه وبينها إلا ذراع
فيسبق عليه الكتاب فيعمل بعمل أهل الجنة فيدخاها )). رواه البخاري ومسلم .


Tuesday, February 23, 2010

الثاني : شروط قبول العمل



 من المعلوم أن العبادات توقيفية بمعني أنها لا تعرف إلا عن طريق الشرع, فليس لأحد إن يعبد الله تبارك وتعالي إلا بما جاء في كتاب الله عز وجل سنة رسوله صلي الله عليه وسلم, كما أنه لا بد في العبادة من  إخلاص العمل لله وحده, ومن هنا يتبين لنا أنه لا بد لصحة أي نتقرب به إلي الله من شرطين أساسين, وهذان الشرطين لا بد من وجودهما مجتمعين ولا ينفك أحدهما عن الاخر وهما : الأول- إخلاص العبادة وحده. الثاني - تجريد المتابعة لرسول الله صلي الله عليه وسلم وقد جمعت بين هذين الشرطين الاية الكريمة سورة الكهف قال تعالي : (( فمن كان يرجو لقاء ربه فليعمل عملا صالحا ولا يشرك بعبادة ربه أحدا )) فقد أمر سبحانه أن يكون العمل صالحا أي موافقا للسنة, ثم أمر أن يخلص صاحبه لله, لا يبتغي به سواه. قال الحافظ ابن كثير في تفسيره : (( وهذان ركنا العمل المقبل, لا بد أن يكون خالصا لله, صوابا علي شريعة رسول الله صلي الله عليه وسلم ))وروي مثل هذا عن القاضي عياض رحمه الله وغيره


Monday, February 22, 2010

العقيدة


الأول : الحكمة خلق من الجن و الانس

اعلم  أخي الدارس ! أن الله تبارك و تعالي خلق شيء لحكمة يعلمها و يريدها, و المسلم مطالب بالاذغان والتسليم سواء أدرك تلك الحكمة أم لم يدركها. فإن عرف الحكمة فهو خير علي خير, وإن لم يدركها فعليه أن يستسلم, لأن العقل البشري قاصر عن إدراك كل حكمة, و الصحابة رضوان الله عليهم أجمعين كانوا يتقبلون إمتثال الأوامر و اجتناب النواهي التي تأتي في القران و السنة دون  أن يسألون عن الحكمة من ذلك ولا أدل علي هذا من قول عمربن الخطاب رضي الله  عنه حينما جاء  يقبل الحجر الأسود  فقال رضي الله عنه : (( إني  أعلم أنك حجر لا تضر ولا تنفع, ولو أني رأيت رسول الله صلي الله غليه وسلم يقبلك ما قبلتك ))

وقد خلق الله تبارك و تعالي الجن و الإنس لحكمة عظيمة, ألا وهي عبادته سبحانه وتعالي دون سواه, كما قال تبارك و تعالي : (( وما خلقت الجن و الانس الا ليعبدون)), ومعني (( ليعبدون )) ليوحدون, وقال تبارك  وتعالي أيضا : (( وما أمروا الا ليعبدون الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة وذلك دين القيمة )) و الاية الواردة في هذا الباب كثيرة وهي أكثر من أن تخصر في مثل هذا المقام, وقد دل الايتان علي وجوب افراد الله تعالي بالعبادة, ومن لم يفرد ربه بالعبادة فهو مشرك كافر إن عمل ما عملوا من الأعمال فهي مردودة عليه لعدم تحقق شرط التوحيد كما قال تبارك وتعالي : (( وقدمنا إلي ما عملوا من عمل فجعلناه هباء منثورا)) وقول النبي صلي الله عليه وسلم : (( من عمل أشرك فيه معي غيري تركته وشركه))


Monday, February 1, 2010

Ada apa dengan Madinah?


Bismillahirrahmanirrahim, aku berlindung Wahai Tuhanku dari segala azabmu di akhirat kelak. Engkaulah yang telah menciptakan aku dari tetesan air mani yang hina lalu kau jadikan ia segumpal darah kemudian berubah menjadi daging dan akhirnya berkembang membentuk tubuhku yang berwajahkan bayi.

Maha Suci-Mu wahai Tuhanku, Engkau telah memilih Muhammad S.A.W sebagai utusan-Mu dan penyampai risalah bagi hamba-Mu di akhir zaman. Engkaulah yang telah memilih  Kota Suci Mekah sebagai tempat kelahirannya dan Kota Suci Madinah sebagai awal perkembangan islam di sana.

Di Mekkah, Engkau perintahkan Rasul-Mu untuk menyeru kepada Tauhid kepada Tuhan yang satu dan mengembalikan kaum Jahiliyyah kepada aqidah yang benar. Sedangkan di Madinah, Engkau wahyukan kepada Muhammad S.A.W melalui Jibril tentang cara-cara beribadah untuk menyembah kepada-Nya.

Alhamdulillah, syukurku kepada-Mu Ya Allah yang tak terhingga, kerana Engkau melahirkanku dari rahim yang telah Engkau Islamkan. Hidayah-Mu, Engkau tanamkan dalam diriku melalui pendidikan ibu dan ayahku. Aqidah kepada-Mu, telah mendarah daging di badan ini. Aku berdoa semoga Syaitan tidak berjaya memesongkan diriku sebelum aku meninggal kelak.

Sedari dulu, aku selalu membaca Firman Allah yang berbunyi “ Dan sesungguhnya Aku tidak menciptakan manusia dan jin melainkan hanya untuk beribadah”. Kata-kata IBADAH adalah kalimat masymul yang berarti apapun yang kita buat di dunia ini, jika diniatkan sebagai tingkah-laku yang baik untuk mensyukuri nikmat Allah juga termasuk ibadah.

Allah mewajibkan kita akan shalat,puasa, zakat dan lain-lain, sebagai cara bagi kita untuk bertingkah laku yang baik kepada-Nya. Dan apabila ia diiringi dengan sunat, maka pastinya Allah akan memberi balasan yang lebih di Akhirat kelak.

Maka, tempat di manakah yang lebih baik selain daripada belajar dari sumbernya. Bukankah Islam turun di Madinah setelah datangnya Iman di Mekah?.
Sebagaimana kita mencari air yang bersih. Bukankah lebih bersih jika kita mendatangi sumbernya.

Penulis sangat berharap Allah mengabulkan doa penulis untuk melanjutkan pengajian disana agar penulis dewasa kelak dapat sama-sama mengajak para pembaca mengingat kehidupan kita di Akhirat nantinya.

Semoga Allah mengabulkan Doa penulis dan Doa anda para pembaca sekalian.


Friday, January 29, 2010

Antara Manusia dan Kambing.



Kenape penulis memberi tajuk ini? Setahun yang lepas, saat penulis mengabdi di Gontor satu, Pak Kyai menekankan tentang 2 subjek diatas agar kita sebagai manusia sentiasa mengingat akan perbezaan diri kita dengan kambing. Kerana sekarang banyak manusia yang telah menjadi kambing-kambing di zaman modern ini.

Akhir-akhir ini, ramai manusia di zaman sekarang hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Mereka menganggap bahwa hidup ini hanyalah untuk makan,minum,bekerja lalu menikah kemudian memiliki anak, menjadi tua lalu meninggal. Lalu, apa bezanya manusia seperti ini dengan hidupnya kambing. Bukankah hidupnya kambing juga diisi dengan makan, menikah, melahirkan anak dan mati.

Wah, malu dong, kita seharusnya. Apakah mahu kita disamakan dengan kambing?. Kalau penulis sih, ya jelas tidak mahu. Bukankah kita memiliki akal untuk berfikir, mulut untuk berbicara dan berbagai lagi nikmat yang lain yang tidak ada pada diri seekor kambing. Kenapa kita harus disamakan?

Pak kyai berkata seperti itu kerana kita sebagai manusia seharusnya ingat bahwa kita tidak hidup untuk diri kita sendiri. Kita hidup untuk menghidupi orang lain, kita berjuang untuk memperjuangkan agama, menjadi kuat untuk memperkuat agama, belajar untuk mengajar,berkasih sambil mengasihani dan segala apa saja yang mampu kita berikan kepada agama kita.

Trimurti Pondok ( pendiri Gontor-red) selalu berkata ”Bondo,bahu,pikir lek perlu sak nyawane pisan” yang berarti ” Harta,tenaga,fikiran bahkan kalau perlu nyawa kita korbankan untuk kejayaan islam di bumi ini”. Inilah manusia sejati.Manusia yang ingin hidupnya berguna untuk kehidupan orang lain. Walaupun manusia tersebut meninggal, dirinya akan selalu hidup di diri orang lain. Dengan fikirannya, ia mampu menggerakkan semangat orang lain yang masih hidup. Jelas, sangat berbeza dengan kambing.

Hidup dengan prinsip kambing akan merugikan kita. Kerana kambing kali kambing akan tetap kambing. 1000 kali kambing akan tetap kambing. Bahkan  1000 tahun, dia akan tetap menjadi kambing. Begitulah hakikat kambing sebenarnya.

Sedangkan  anda?..........



Wednesday, January 27, 2010

Hidup itu artinya……

Manusia yang bergerak itu hidup, haiwan yang bernafas itu hidup, pohon yang berbuah itu hidup. Segala makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T, semuanya hidup.

Sekali kita diciptakan maka kita akan hidup selamanya. Hanya saja, melewati tiga tingkatan kehidupan : kehidupan di dunia lalu alam barzakh dan yang terakhir alam akhirat. It’s mean that u were living forever.

Memandangkan bahwa penulis masih hidup di tingkat pertama kehidupan (dunia-red), maka penulis hanya menulis akan arti hidup di dunia ini.

Pembahasan.

Kenapa manusia dihidupkan oleh Allah S.W.T ?. Pertanyaan ini penulis ajukan kepada seluruh pembaca bahkan penulis sendiri untuk menjawabnya.

Apakah hanya sekadar untuk menghidupkan diri sendiri atau mencari kenikmatan di dunia untuk memuaskan hasrat nafsu manusia atau bahkan hidup hanya untuk mati?

Dewasa ini, manusia sekarang bertambah ragam sifat-sifatnya. Ada yang kaya berpura-pura kaya, ada yang sehat berpura-pura gila, ada yang pandai berpura-pura bodoh dan berbagai lagi tingkah manusia di dunia ini.

Orang kaya berlagak miskin kerana takut diminta. Orang sehat menjadi gila kerana takut didatangi pemiutang. Orang pandai berpura-pura bodoh kerana malas menerangkan pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Jadi, untuk apa hidup kalau hanya menikmati kekayaan, kesehatan dan keilmuan untuk diri sendiri?. Seperti inikah kehidupan yang dikehendaki oleh Pencipta kita?. Apakah  Dia menciptakan kita hanya untuk merasakan nikmat dari-Nya untuk peribadi sendiri?.  

Jikalau begitu yang dikerjakan oleh manusia zaman sekarang, maka apa bezanya kita dengan kambing?. Lahirnya mereka hanya untuk makan, tidur, kahwin lalu beranak pinak kemudian mati. Bahkan, meskipun mereka mati, mereka masih dapat memberi kepada manusia. Dagingnya yang dapat dimakan, kulitnya yang dapat dijadikan peralatan, tanduk,susu dan yang lainnya masih dapat dinikmati oleh kita semuanya.

Ini berarti seekor kambing lebih mulia daripada manusia yang kedekut dan bakhil. Lihatlah zaman sekarang, seberapa ramai manusia yang ingin memberi dengan keikhlasan tanpa memikirkan keuntungan. Berapa ramai yang sanggup melihat saudaranya lebih hina dibandingkan dia. Berapa ramai yang hanya ingin bekerja setelah memikirkan untung-rugi untuk dirinya sendiri tanpa memikirkan kebahagiaan orang lain. Berapa dan berapa ramai lagi manusia seperti ini?

Hebat, bravo penulis ucapkan untuk manusia zaman sekarang. Berarti benarlah kata Allah dalam firmannya ” Sesungguhnya orang-orang yang masuk syurga-KU dizaman depan kelak sangat sedikit jika dibandingkan zaman-zaman yang terdahulu”. Semoga saja penulis dan para pembaca tidak termasuk golongan yang menjadi majoriti (orang bakhil), di zaman ini.

Allah juga berfirman bahwa manusia diturunkan dari syurga-Nya ke dunia ini untuk menjadi Khalifah. Khalifah kalau diartikan dalam bahasa melayu bermakna pemimpin. Dalam konteks yang lebih kecil, ini bermakna bahwa Allah menciptakan kita agar kita sendiri yang memimpin tubuh badan kita bukan sebaliknya. Sanggup berkorban harta, tenaga, fikiran bahkan nyawa tubuh badan kita untuk saudara dan agama kita.

Maka pada hakikatnya, HIDUP ITU ARTINYA MEMBERI............


GIVE, GIVE, GIVE.... (Dr.KH.Abdullah Syukri Zarkasyi MA)

CURHAT ( curahan hati )

“Kenape kamu harus menulis?”

 Soalan ini ditanyakan oleh ayah saye saat kami bersama pulang dari Kuala  Lumpur.

Saye terdiam sejenak untuk memikirkan jawapannya. Belum sempat berkata, ayah saye langsung menjawab.

” Inilah perbedaan antara orang yang hidup dan yang mati. Jika orang yang hidup itu menulis, maka dia akan kekal hidup walaupun jasadnya sudah meninggalkan dunia. Hasil fikirannya yang dituangkan dalam bentuk tulisan tangan masih dapat memberi inspirasi kepada yang masih hidup. Berbeza dengan orang yang hidup tapi tidak menulis apa-apa. Sehingga orang itu meninggal sekalipun, tidak ada manfaat yang dapat diambil darinya”.

”Lihatlah Kyai Imam Zarkasyi. Meskipun beliau telah meninggal, tetapi hasil ilmunya masih dapat dipelajari oleh santri-santri di seluruh pelosok Indonesia. Imam Syafi’e, Maliki, Ahmad, Hanafi, Dr. Buya Hamka, Presiden Sukarno, dan yang lainnya. Mereka semua mampu menggerakkan semangat juang rakyat walaupun mereka sudah tiada. Semuanya, hanya berbekalkan tulisan.”. Sambung ayah kepada saye lagi.

Saye pun lantas merenung.

”Umur aku ni, dah nak masuk 20 tahun, 1 hasil tulisan pun takde. Macam mane kalau aku meninggal tanpa meninggalkan apa-apa untuk Ummat. Sedangkan Nabi Muhammad sendiri meninggalkan hadist untuk Ummatnya. Bahkan, Allah menulis kata-katanya melalui perantara Jibril kepada Rasulnya.”

”Luar biasa, berarti, kita seharusnya berbagi apa yang ade di fikiran kita untuk berbagi kenikmatan yang diberikan oleh Allah. Bukankah Allah Maha Adil?. Setiap orang diberi ilmu sesuai dengan kadar kemampuannya. Sehingga jika kita banyak menulis berarti kita mensyukuri nikmat Allah untuk berbagi ilmu yang ade di otak kita.” kataku kepada diriku.

” Ya, mulai hari ini, tanggal 27 Jan 2010, aku haruskan diriku untuk menulis apa pun yang ada di fikiranku. Tulisan ini kupersembahkan kepada diriku sendiri, keluarga, masyarakat, negara juga kepada Tuhan pencipta tubuh ini, Allah S.W.T.” Janjiku pada diriku.


Monday, January 18, 2010

Luasnya ilmu Sayyidina Ali untuk 1 soalan.

Suatu hari semasa Ali memberi syarahan dalam suatu majils ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.
           
            “ Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata, saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?” Tanya salah seorang daripada lelaki itu.

            “ Memang benar……,” jawab Khalifah Ali bin Abi Talib.

            Lelaki pertama bertanya, ” Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?”.

            ” Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta,” jawab Ali.

            ”Apa dalilnya, wahai Ali?” tanya lelaki itu lagi.

            ” Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun, Syaddad, dan lain-lain,” jawab Ali.

            Lelaki Kedua pula bertanya, ” Wahai ali, manakah lebih baik antara ilmu dengan harta?”.

            ”Tentulah ilmu itu yang lebih baik daripada harta?” jawab Khalifah Ali. Dia tidak menunjukkan rasa marah.

            ” Apa dalilnya?” tanya lelaki kedua itu lagi.

            ” Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya.,” jawab Khalifah Ali

            Lelaki ketiga pula bertanya, ” Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara harta dengan ilmu?”.

            Maka dijawab oleh Khalifah Ali, ” Wahai saudaraku, orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai ramai musuh. Tetapi orang yang ilmu mendapat ramai kawan.

            Lelaki keempat juga bertanya soalan yang sama. Jawapan Ali, ” Wahai saudaraku, harta apabila ia dibelanjakan maka ia akan berkurang, sedangkan ilmu, jika ia diamalkan semakin bertambah.


            Lelaki kelima juga bertanyakan soalan yang sama. Maka dijawab oleh Ali, ” Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati.

            Lelaki keenam pula bertanya lalau dijawab oleh Khalifah Ali, ” Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.”

            Khalifah Ali memandang ke arah lelaki yang ketujuh lalu berkata, ”Harta menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati.

            Kepada lelaki kelapan Khalifah Ali berkata, ” Harta semakin lama disimpan ia semakin usang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.”

            Kemudian Khalifah Ali terus berkata, ” Pemilik harta akan berkata harta itu milik dia. Pemilik ilmu pula berkata ilmu itu milik Allah.”

            Akhirnya 10 orang lelaki yang hendak menduga ilmu Khalifah Ali bin Abi Talib beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Khalifa Ali kerana dapat menjawab banyak jawaban dengan hanya satu soalan.

            ” Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama aku boleh memberi 100 jawaban yang berbeza,” kata Khalifah Ali bin Abi Talib. 

Thursday, January 14, 2010

Succes...

Alhamdulillah,berkat doa dari keluarga, sahabat dan khususnya bagi para pembaca, 
penulis lulus di dalam ujian kereta. Insya Allah, sementara mengisi masa kosong ini, penulis ingin mengambil ujian motor agar di saat kelak membawa manfaat bagi penulis dan pembaca. Amin99x

Sejenak penulis berfikir, bagaimana penulis mampu lulus padahal hanya dengan modal yang sangat minim?
Dengan Modal doa beserta keyakinan pasti lulus untuk kebaikan di masa hadapan, penulis berjaya melepasi semua ujian tersebut.

KENAPA?

Bukan riya', bukan sombong, tapi penulis ingin berbagi, agar di suatu saat, jika kita semua menghadapi ujian, untuk tidak lupa membawa modal ini.

Modal Pertama..........

Allah berfirman" Ana inda Dzonni abdi  ", Sesungguhnya aku sesuai dengan apa yang hambaku yakini. 
Inilah yang dimaksudkan dengan keyakinan. Apapun keyakinan anda, Insya Allah, itu akan berlaku.
Jika anda yakin bahwa anda akan kalah, maka begitulah yang akan terjadi sesuai dengan janji Allah.
Inilah sebab mengapa orang-orang barat mampu menjadi orang yang berjaya di dunia ini.
Mereka memiliki keyakinan yang pasti akan sesuatu sehingga Allah menunaikan janjinya kepada mereka.
Berbanding dengan sebagian orang melayu yang hanya memiliki keyakinan yang sangat lemah akan sesuatu yang berbentuk positif mengakibatkan diri kita sebagai orang melayu, jauh daripada puncak kejayaan.

Modal Kedua.........

1 formula yang harus anda ingat...
Usaha tanpa doa = Sombong
Doa tanpa Usaha = Cakap/omong Kosong
Usaha + Doa = Anda tahu sendiri jawabannya.

Baru-baru ini, ada sahabat penulis bertanya" muadz, aku ni dah usaha, dah doa, tapi asal tak dapat jugak apa yang aku nak?"  Ada yang salah ke dari apa yang aku buat ni?

Stop for thinking awhile! 

Jika anda berusaha dan berdoa lalu dikabulkan maka bersyukurlah dengan menggunakan nikmat tersebut dengan sebaik-baiknya.

Jika anda berusaha dan berdoa kemudia ternyata tidak dikabulkan, maka percayalah bahwa Allah sedang menyiapkan sesuatu yang lebih baik bagi anda.

INGAT!!!.. ALLAH BERFIRMAN  " ANA INDA DZONNI ABDI"
o




Tuesday, January 12, 2010

Inspirasi anda dan kita semuanya


Ada seseorang saat melamar kerja, memungut sampah kertas di lantai ke dalam tong sampah, dan hal itu terlihat oleh peng-interview, dan dia mendapatkan pekerjaan tersebut.

Ternyata untuk memperoleh penghargaan sangat mudah, cukup memelihara kebiasaan yang baik.

Ada seorang anak menjadi murid di toko sepeda. Suatu saat ada seseorang yang mengantarkan sepeda rusak untuk diperbaiki di toko tsb. Selain memperbaiki sepeda tsb, si anak ini juga membersihkan sepeda hingga bersih mengkilap. Murid-murid lain menertawakan perbuatannya. Keesokan hari setelah sang empunya sepeda mengambil sepedanya, si adik kecil ditarik/diambil kerja di tempatnya.

Ternyata untuk menjadi orang yang berhasil sangat mudah, cukup punya inisiatif sedikit saja

Seorang anak berkata kepada ibunya: “Ibu hari ini sangat cantik.
Ibu menjawab: “Mengapa?
Anak menjawab: “Karena hari ini ibu sama sekali tidak marah-marah.

Ternyata untuk memiliki kecantikan sangatlah mudah, hanya perlu tidak marah-marah.

Seorang petani menyuruh anaknya setiap hari bekerja giat di sawah.
Temannya berkata: “Tidak perlu menyuruh anakmu bekerja keras, Tanamanmu tetap akan tumbuh dengan subur.
Petani menjawab: “Aku bukan sedang memupuk tanamanku, tapi aku sedang membina anakku.

Ternyata membina seorang anak sangat mudah, cukup membiarkan dia rajin bekerja.

Seorang pelatih bola berkata kepada muridnya: “Jika sebuah bola jatuh ke dalam rerumputan, bagaimana cara mencarinya?

Ada yang menjawab: “Cari mulai dari bagian tengah.” Ada pula yang menjawab: “Cari di rerumputan yang cekung ke dalam.” Dan ada yang menjawab: “Cari di rumput yang paling tinggi. Pelatih memberikan jawaban yang paling tepat: “Setapak demi setapak cari dari ujung rumput sebelah sini hingga ke rumput sebelah sana .

Ternyata jalan menuju keberhasilan sangat gampang, cukup melakukan segala sesuatunya setahap demi setahap secara berurutan, jangan meloncat-loncat.

Katak yang tinggal di sawah berkata kepada katak yang tinggal di pinggir jalan: “Tempatmu terlalu berbahaya, tinggallah denganku.”
Katak di pinggir jalan menjawab: “Aku sudah terbiasa, malas untuk pindah.”
Beberapa hari kemudian katak “sawah” menjenguk katak “pinggir jalan” dan menemukan bahwa si katak sudah mati dilindas mobil yang lewat.

Ternyata sangat mudah menggenggam nasib kita sendiri, cukup hindari kemalasan saja.

Ada segerombolan orang yang berjalan di padang pasir, semua berjalan dengan berat, sangat menderita, hanya satu orang yang berjalan dengan gembira. Ada yang bertanya: “Mengapa engkau begitu santai?”
Dia menjawab sambil tertawa: “Karena barang bawaan saya sedikit.”

Ternyata sangat mudah untuk memperoleh kegembiraan, cukup tidak serakah dan memiliki secukupnya saja

Monday, January 11, 2010

kematian? TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!

Sebelum Nabi Adam A.S beserta isterinya Hawa diciptakan di Syurga lalu di turunkan di dunia, terdapat 1 takdir yang pasti akan menimpa seluruh makhluk Allah S.W.T, yaitu kematian.

Mati merupakan definisi daripada roh yang meninggalkan tubuh untuk menjawab soalan2 yang akan ditanyakan oleh 2 malaikat yang bertugas di kubur kemudian di balas perbuatannya di dunia sama ada baik ataupun buruk sebelum dibangkitkan kembali untuik menerima pengadilan yang tiada keadilan lebih adil daripadanya ( padang mahsyar ) dan menerima balasan lebih daripada apa yang didapatkan di alam kubur.( surga atau neraka ).

Alam pertama yang akan dilalui setelah kematian adalah alam barzakh kemudian alam selanjutnya dinamakan alam akhirat.

Alam yang terakhirlah, alam yang kita hidup untuk selama-lamax sambil menikmati balasan sesuai dengan amalan di dunia.

RENUNGAN

Saudaraku Se-Agama maupun yang lainnya, sesaat berfikirlah dan bertanyalah kepada diri anda, Apakah saya siap mati?. Jikalau anda menjawab dengan keyakinan bahwa anda siap mati maka bersyukurlah bahwa anda termasuk orang2 yang diberkahi oleh Allah.

Kerana sesungguhnya Allah berfirman  di dalam surat Al-Baqarah bahwa hanya orang yahudi dan nasrani yang mengatakan bahwa hanya agama mereka berdua yang dibenarkan masuk syurga ternyata takut bahkan sangat takut sekali akan kematian.

 Why? Mereka takut akan demikian kerana perbuatan atas segala dosa apa yang telah mereka lakukan. Mereka tahu bahwa agama mereka salah, tetapi mereka tenggelam dengan apa yang telah mereka tambah2kan dari agama mereka kerana alasan mengikuti agama nenek moyang mereka tanpa menyelusuri hakikatnya. ( surah al-baqarah dan al-imran ).

Maka sahabatku sekalian, hidup anda di dunia ini hanyalah 70 tahun kalau dipuratakan dengan manusia lainnya. Sedangkan di akhirat kita hidup selama-lamanya. Manakah yang anda pilih? Untuk itu, bertanyalah selalu dalam diri anda bahkan bertanyalah kepada orang lain untuk saling memuhasabah diri agar kita selalu teringat akan Allah S.W.T.

Apakah kita siap menhadapi kematian?

Nasihat ini penulis tujukan kepada diri sendiri dan kepada sekalian pembaca. Semoga Allah memaafkan segala dosa yang telah kita lakukan dan menjauhkan kita dari melakukan dosa2 itu  lagi. Amin99x
 

www.luthfi679.blogspot.com