Kalimat di atas merupakan kaca bagi umat muslim se-dunia sekarang. Inilah penyebab kenapa Israel dan Amerika selangkah di depan kita. Mereka merajai kita dari segala segi. Ekonomi, politik, keuangan, pendidikan, pengajaran semuanya dikuasai oleh mereka. Ibarat kapas, yang bergerak sesuai dengan tiupan mereka. Inilah hakikat yang tidak dapat kita hindari jika kita sendiri tidak mengubahnya bermula dari sekarang.
Tajuk di atas jika diadaptasikan ke bahasa melayu bermaksud ” Kebenaran, jika tidak diuruskan dengan rapi dan efisiensi akan dikalahkan oleh kesesatan, yang memiliki tingkat kedisiplinan yang tinggi.” Mengakui kekuatan musuh adalah awal langkah kita menuju kejayaan. Tapi, bukan bermaksud untuk melemahkan semangat dan kemampuan aset yang kita miliki melainkan sebagai tolak ukur perbandingan bagi kita untuk menutup kelemahan kita demi sesuatu yang lebih baik.
Allah S.W.T sendiri selalu berfirman di dalam kalam sucinya Al-Quranul Karim tentang pentingnya melakukan perbandingan. Sebagai contoh, Di surah Ad-Dhuha, Allah menegaskan tentang kehidupan yang dimiliki oleh Rasulullah S.A.W ketika Baginda dalam keadaan yatim kemudian Dia melindunginya. Dan Dia mendapati Nabi Muhammad sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberi petunjuk, dan Dia mendapati baginda sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberi kecukupan.
Pentingnya perbandingan agar kita sebagai manusia selalu merasa bersyukur dengan apa yang dimiliki tapi tidak merasa puas. Kerana kepuasan menyebabkan kita berhenti dari pekerjaan kita sedangkan kesyukuran menambah etos kerja kita dalam bergerak untuk Allah S.W.T semata.
Perbandingan Umat Islam dan Kafiriin.
Dewasa ini, kepimpinan akan politik, medic, engineering, economic dan hampir kesemuanya di bawah atap Amerika Syarikat dan Israel. Mereka menguasai manusia dari segala aspek. Sulit untuk dihindari kerana perkhidmatan mereka lebih memudahkan dibandingkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Umat Islam sendiri.
Sebagai perbandingan, kita boleh melihat HP NOKIA dengan HP yang dicipta kalangan kita. Kemampuan antara dalam memuaskan pelanggan bagaikan sama’ wal bi’ir. Ini kerana pencipta aplikasi dari kedua perusahaan berbeza antara satu sama lain. Atau, boleh dikatakan umat islam kekurangan aset dalam acedemic. Kecenderungan terhadap agama sahaja boleh menyebabkan kita kalah dalam keduniaan.
Ini bertentangan dengan Keinginan Allah ketika mencipta manusia....
Bismillahirrahmanirrahim,
Wa iz qolarubuka lil malaikati inni jailun fil ardi kholifah
Dan ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat bahwa sesungguhnya Aku ingin menciptakan manusia sebagai kholifah di atas muka bumi ini.
Rasululullah S.A.W pernah bersabda :
Al mu’minu al qowiyyu ahabbu ila Allahi minal mu’mini ad-doifi
Orang mu’min yang kuat itu lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah.
Jadi, tugas kita sebagai orang mu’min hendaknya menjadi pemimpin bukanlah yang dipimpin. Tetapi ingat, kita harus siap memimpin dan siap dipimpin oleh imam kita. Jika tidak, maka kita tidak ubah seperti yang tertera di JUDUL.
Awas, Niat merupakan asas dalam berbuat. Marilah kita tetapkan dalam diri kita bersama untuk menjadi ULAMA YANG INTELEKTUAL BUKAN MANUSIA INTELEK YANG TAHU AGAMA. Kerana sebagian dari kalangan kita telah banyak menjadi golongan yang kedua dibandingkan dengan firqoh yang pertama. Naudzubillahi min zalik.
Berbuat, bekerja, bergerak kerana Allah semata.
No comments:
Post a Comment