Tuesday, April 6, 2010

Diary March 2010




Akhir bulan March, aku diamanahkan oleh Pihak Sekolah ABIM untuk menggantikan kelas bagi Guru yang mendapat cuti bersalin. Mungkin, amanah ini akan ku jalani selama 2 bulan penuh.

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana Allah memberikan kesempatan kepada diriku untuk berbuat kebaikan kepada Ummat-Nya seiring dengan umurku yang semakin hari, semakin berkurang. Tetapi, aku juga takut akan murka Allah, sekiranya aku kurang cekap dalam melaksanakan amanah ini.

KRONOLOGI PENGALAMANKU.........

Hari pertama, aku memasuki Kelas 2 Hamzah untuk berbagi ilmu tentang bahasa arab. First time masuk, aku rasa menyesal jugak kenape aku menerima amanah ini.. Ini kerana, sifatku yang belum dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolahan untuk darjah 2 dan 3. Tapi, mengingat akan janji-Nya Allah kepada Hambanya tentang amal jariyah setelah aku meninggal nanti, membangkitkan kembali semangat aku untuk terus berbuat hasanah selama nyawa masih di kandung badan.

Second Day pulak , rasa keserasian diriku kepada anak murid masih belum berlaku. Kelelahan akibat melayani karenah budak-budak berterusan sehingga kebawa-bawa dalam mimpi tidurku. Seakan-akan, aku masih mengajar dalam kelas meskipun aku di alam mimpi.

Hari ketiga apalagi, keadaan masih belum stabil. Tetapi aku mulai menikmati indahnya bersama mereka. Tingkah  laku mereka yang melucukan, mengembalikan nostalgia diriku pada suatu saat dahulu.

Yaumul robi’, yaumul jum’ah. Hari yang dirahmati oleh Allah S.W.T, hari di mana, pelawak hiburan Malaysia, Din Beramboi, kembali ke pangkuan-Nya. Tetapi, kehilangan itu seakan tidak berpengaruh kepada pemikiran anak murid  sekolah ABIM. Karenah mereka masih saja berlaku, bahkan bertambah. Subhanallah, kalau bukan kerana Syurga-Nya, mungkin aku akan menarik diri untuk mempesiapkan diri dahulu sebelum melangkah ke alam guru murid sekolah rendah.

Cuti Sabtu dan Ahad telah berlalu. Hari ni, hari Isnin, penghulu hari persekolahan, Bismillah,  aku melangkah masuk ke sekolah dengan niat yang baru. Niat demi MENCETAK KADER UMMAH UNTUK KEJAYAAN BANGSA. Walaupun, hanya sebesar dzaarrah, semoga  pahala sekecil  itu dapat menghindarkan diriku dari api neraka.

Doa pembaca demi ketegaran penulis, sangat diharapkan. Agar semoga di saat akan datang, generasi pemuda akan datang di bawah kepimpinan anak murid didikan guru-guru ABIM saat ini.  


No comments:

 

www.luthfi679.blogspot.com