Hari ini aku bangun pagi-pagi, dengan kebebasan untuk memilih hari macam apa yang akan kujalani.
Hari ini, aku boleh berkeluh kesah kerana hujan sepanjang hari atau bersyukur kerana rumput di halaman mendapat siraman tanpa bayar
Hari ini, aku boleh merasa sedih kerana tidak punya banyak uang, atau merasa bahagia kerana keadaan keuanganku menuntut agar aku merencanakan pembelanjaanku dengan bijak dan menuntunku untuk tidak melakukan pembaziran.
Hari ini, aku boleh mengomel tentang badanku yang kurang sehat atau bergembira kerana aku masih dibiarkan hidup di dunia.
Hari ini, aku boleh menangis kerana mawar-mawar itu berduri atau merasa bersyukur duri-duri itu ditumbuh mawar.
Hari ini, aku boleh mengomel kerana harus bekerja atau merasa gembira kerana punya pekerjaan
Hari ini, aku boleh menggerutu kerana tugas rumah tangga yang harus kuselesaikan atau merasa bersyukur kerana mempunyai naungan untuk jiwa dan ragaku.
Hari ini, terbentang di hadapanku menunggu untuk dibentuk, dan di sinilah aku, sang pemahat yang siap membentuknya ke dalam rupa yand kukehendaki.
Bagaimana keadaan hari ini semua tergantung kepadaku. Dan aku harus menentukan hari macam apa yang kukehendaki.
Adapun engkau, bagaimana akan kau jalani hari ini?
Author Unknown
No comments:
Post a Comment