hari terakhir exam utk degree di kuliah syariah...
malamnya pula majlis konvokesyen...
Alhamdulillah
Rasullullah S.A.W berkata, "Barang siapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah, nescaya akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya." Riwayat Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasai dan Ibnu Majah
hari terakhir exam utk degree di kuliah syariah...
malamnya pula majlis konvokesyen...
Alhamdulillah
Selamat datang syaimah sofiyyah binti zaid ke dunia ini. Selamat ku ucapkan padamu wahai anak buahku.
Kehadiranmu menambahkan lagi barisan muslimat dalam perjuangan agama.
Ku harap dirimu tegar dengan pancaroba dunia.
Duhai syaimah, aku bersyukur melihat dirimu ini. Bersyukur kala dikau lahir sebagai seorang muslimah. Sungguh kalimat tauhid itu lebih berat timbangannya dari 7 langit serta 7 bumi dan seisinya.
Ku harap kita semua dapat berkumpul di panji Nabi Muhammad saw di akhirat kelak.
... .
24 tahun telah kutelusuri dunia, ingin ku cerita bahwa dunia x seindah rupa.
Wahai ayahanda Zaid tercinta, engkau lah yang akan ditanya nantinya.
Jika engkau telah membawanya ke dunia. Maka engkau juga harus berani membawanya ke akhirat sana.
Jadikan surga pilihan pertama. Selalu dan sentiasa.
Akhir kata, selamat ku ucapkan pada-Mu syaimah. Selamat datang ke tempat tanaman amalan kita.
Khamis, 8 may 2014..
Berakhir sudah langkah kami berlima dalam menempuh pengajian agama Allah swt.
Masa begitu cepat berlalu, mahu tidak mahu kami terpaksa berpisah jua.
Minggu depan, final exam akan bermula.
Jika lulus semuanya (InshaAllah), maka tamatlah kehidupan degree kami di kota madinah.
Kuliah syariah, daku akan mengingatimu selalu. ^^
......
Gambar dari kiri
1. Saya
2. Mahfuz dari singapura
3. Abdurrahman dari sabah
4. Izzul basri, pelajar stam terbaik dr sabah
5. Asyraf dari singapura
Jumaat,18 april 2014. Tarikh yg bersejarah dalam diari hidupku.
Goresan kata2nya berjaya menusuk jiwa. Terasa dalam, meluka di hati.
Hanya mampu dirasa sendiri.
Tuhan yang Berkehendak segalanya terjadi.
Aku patuh menunduk diri.
Beriman bahwa Tuhan ada di sisi.
Melakar takdir untuk kebahagiaanku nanti.
Lamaran aku ditolak, dan aku pun berhenti.
Bermuhasabah kenapa musibah mengerogoti?
Mungkin Tuhan ada rencana-Nya tersendiri.
Tuhan... jadikan ia penghapus dosa.
Bukan pula penambah bencana.
Tuhan, sungguh diriku lemah.
Jangan Engkau buang, diriku di sampah.
Tuhan, kutahu ku ingkar,
Ku berharap, tubuh ini tak Engkau lempar.
Tuhan, padamu aku bersepuh. Kuatkanlah hati yang rapuh.
Tuhan, diriku menangis derita.
Jadikan ia sebagai pahala.
Tuhan aku bersaksi bahwa Engkaulah Pencipta,
Bukan berhala, bukan sesiapa.
Tuhan, ampunkanlah segala dosa.
Kerana untuk-Mu, aku ingin ke surga...
Coretan hati.
19 april 2014, 3.22 pm.
Univ Madinah al-munawwarah
Wihdah 2, tingkat 4, bilik 30.
Exam bertalu-talu menyerang diriku....
Perlu kusiapkan benteng pertahanan demi keselamatan rakyatku.
^^.... be strong for Allah , for me & for them & for All
Hujan madinah x sama dengan hujan malaysia. Ianya hanya turun 3-4 kali dalam setahun..
Alhamdulillah, hujan malam semalam paling lama yg pernah aq rasakan.
Bermula lepas isya dan berakhir dalam pukul 1 malam lebih..
4 jam tanpa henti bahkan makin membanjiri bumi
Selama belajar di Madinah, jarang kesedihan melanda saya.
Paling sedih yg sampai menitiskan air mata saya, bilamana saya tidak diterima di peringkat master/s2.
Usaha saya untuk menetap lebih lama di madinah tidak terkabulkan. Saya percaya Allah Maha Bijaksana.
Bukankah beriman kepada Qada' dan qadar dari Allah adalah rukun agama?
........
Kini saya diuji lagi, kesedihan yang lebih teruk melukakan hati saya.
Syukur saya belajar agama. Jika tidak, mungkin syaitan sudah berjaya menawan hati saya.
Seringkali jika saya hampir putus asa, saya teringat sabda baginda saw :
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "عجبا لأمر المؤمن إنّ أمْرَه كله خير، وليس ذاك لأحد إلاّ للمؤمن؛ إن أصابته سرّاء شكر فكان خيرًا له، وإن أصابته ضَرّاء صبر فكان خيرًا له" رواه مسلم
Artinya :
"Takjub sekali melihat keadaan orang mukmin.
Seluruh perkara/keadaan orang mukmin adalah kebaikan.
Tidak ada yang memilikinya selain orang mukmin.
Jika mendapat kesenangan ia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya.
Jika ia mendapat mara bahaya/musibah ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya.
" H.R. Muslim.
......
اللهم ﻻ سهل إﻻ ما جعلته سهﻻ، وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهﻻ.