Jumaat,18 april 2014. Tarikh yg bersejarah dalam diari hidupku.
Goresan kata2nya berjaya menusuk jiwa. Terasa dalam, meluka di hati.
Hanya mampu dirasa sendiri.
Tuhan yang Berkehendak segalanya terjadi.
Aku patuh menunduk diri.
Beriman bahwa Tuhan ada di sisi.
Melakar takdir untuk kebahagiaanku nanti.
Lamaran aku ditolak, dan aku pun berhenti.
Bermuhasabah kenapa musibah mengerogoti?
Mungkin Tuhan ada rencana-Nya tersendiri.
Tuhan... jadikan ia penghapus dosa.
Bukan pula penambah bencana.
Tuhan, sungguh diriku lemah.
Jangan Engkau buang, diriku di sampah.
Tuhan, kutahu ku ingkar,
Ku berharap, tubuh ini tak Engkau lempar.
Tuhan, padamu aku bersepuh. Kuatkanlah hati yang rapuh.
Tuhan, diriku menangis derita.
Jadikan ia sebagai pahala.
Tuhan aku bersaksi bahwa Engkaulah Pencipta,
Bukan berhala, bukan sesiapa.
Tuhan, ampunkanlah segala dosa.
Kerana untuk-Mu, aku ingin ke surga...
Coretan hati.
19 april 2014, 3.22 pm.
Univ Madinah al-munawwarah
Wihdah 2, tingkat 4, bilik 30.