Friday, May 30, 2014

28 may 2014

hari terakhir exam utk degree di kuliah syariah...

malamnya pula majlis konvokesyen...

Alhamdulillah

Wednesday, May 14, 2014

Anak buah berumur 14 hari

Selamat datang syaimah sofiyyah binti zaid ke dunia ini. Selamat ku ucapkan padamu wahai anak buahku.

Kehadiranmu menambahkan lagi barisan muslimat dalam perjuangan agama.

Ku harap dirimu tegar dengan pancaroba dunia.

Duhai syaimah, aku bersyukur melihat dirimu ini. Bersyukur kala dikau lahir sebagai seorang muslimah. Sungguh kalimat tauhid itu lebih berat timbangannya dari 7 langit serta 7 bumi dan seisinya.

Ku harap kita semua dapat berkumpul di panji Nabi Muhammad saw di akhirat kelak.

... .

24 tahun telah kutelusuri dunia, ingin ku cerita bahwa dunia x seindah rupa.

Wahai ayahanda Zaid tercinta, engkau lah yang akan ditanya nantinya.

Jika engkau telah membawanya ke dunia. Maka engkau juga harus berani membawanya ke akhirat sana.

Jadikan surga pilihan pertama. Selalu dan sentiasa.

Akhir kata, selamat ku ucapkan pada-Mu syaimah. Selamat datang ke tempat tanaman amalan kita.

Sunday, May 11, 2014

Hari terakhir di dirosah degree

Khamis, 8 may 2014..

Berakhir sudah langkah kami berlima dalam menempuh pengajian agama Allah swt.

Masa begitu cepat berlalu, mahu tidak mahu kami terpaksa berpisah jua.

Minggu depan, final exam akan bermula.

Jika lulus semuanya (InshaAllah), maka tamatlah kehidupan degree kami di kota madinah.

Kuliah syariah, daku akan mengingatimu selalu. ^^


......


Gambar dari kiri

1. Saya 

2. Mahfuz dari singapura

3. Abdurrahman dari sabah

4. Izzul basri, pelajar stam terbaik dr sabah

5. Asyraf dari singapura

 

www.luthfi679.blogspot.com