Hendaklah bagi setiap Muslim berusaha dalam melakukan amal soleh. Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melintasi sebuah kubur yang baru sahaja ditanam, maka baginda SAW bersabda : "Solat sunat dua rakaat yang kalian menganggapnya biasa, lebih dicintai oleh sang penghuni kubur daripada seluruh kekayaan milik kalian."
Yang dimaksudkan ialah, sekiranya sang penghuni kubur itu diberi pilihan antara mengerjakan solat sunat 2 rakaat dan memiliki seluruh apa yang di dunia dan isinya, maka dia akan memilih untuk melakukan solat sunat 2 rakaat.
Kenapakah dia memilih yang demikian?
Kerana dia tahu, bahawa kebaikan dan amal soleh inilah yang akan bermanfaat baginya ; sedangkan segala yang ada di dunia ini, hanyalah fana belaka.
Dunia bagaikan mimpi bagi seseorang yang sedang tidur. Dia bermimpi bahawa dia sedang mendiami sebuah istana yang indah lagi besar dan memiliki kereta yang mewah. Seandainya kamu datang ke alam mimpinya, kemudian ingin membeli istananya, maka sesekali tidak mungkin dia ingin menjualnya kepadamu, kerana dia sedang berada di dalam kesenangan yang tiada taranya.
Akan tetapi, jika engkau membangunkannya daripada mimpi, dan dia sedar bahawa kekayaan 'mimpinya' itu telah hilang, maka, seandaikan kamu menawarkan untuk membelinya dengan nilai 1 Riyal, sudah pasti dia akan menjualnya.
Kerana dia tahu, bahawa mimpi sudah pun selesai.
Begitu jugalah dengan keadaan kita di dunia ini. Ketika seseorang itu sedang menikmati kekayaan, kemewahan dan kesenangan di dunia ini, kemudian dia meninggalkan dunia, maka hilanglah semuanya.
Sesungguhnya, apabila anak Adam meninggalkan dunia, maka keluarga, harta (hamba) dan amal perbuatannya akan mengiringinya. Kelak, keluarganya dan hartanya (hambanya) akan kembali pulang meneruskan kehidupan, sedangkan dia ditinggalkan bersendirian bersama bekalan amalnya di alam yang lain.
Oleh kerana itu, wahai saudaraku yang dihormati sekelian, kita hendaklah berusaha dalam berbakti dan mengerjakan amal soleh, kerana satu masa nanti, kita akan sangat-sangat memerlukannya.
Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang mulia ;
"Pada hari itu (Hari Kiamat), dia akan lari menghindar daripada saudaranya, dan daripada ibunya juga bapanya, dan daripada isterinya serta anak-anaknya..."
Kenapakah dia lari daripada mereka?
Dikisahkan bahawa Nanti, si bapa datang kepada anaknya pada Hari Kiamat, kemudian dia bertanya, "Wahai anakku, bagaimanakah sikapku terhadapmu ketika di dunia?" Maka sang anak menjawab, "Engkaulah sebaik-baik ayah, engkau mengasihi kami, mencari nafkah untuk kami dan.. dan.. dan.."
Kemudian si bapa berkata lagi, "Wahai anakku, aku ingin mengambil satu hasanah/pahala daripada pahala-pahala kebaikanmu."
Apa yang jawaban bagi si bapa tersebut?Anaknya yang amat mengasihi bapanya itu menjawab, "Wahai ayah, aku tidak dapat memberimu akan apa yang kau pinta. Sesungguhnya aku takut timbangan hasanahku akan berkurangan (yang akhirnya akan menyebabkan aku masuk ke dalam api neraka)."
Begitu juga halnya dengan si anak, dia hanya meminta cuma 1 daripada hasanah milik bapanya, lalu si bapa menjawab, "Tidak, wahai anakku. Sesungguhnya aku takut akan berkurangan timbangan kebaikanku."
Sekarang ini, kita berada dalam kehidupan di dunia ; kita mampu untuk melakukan dan mengerjakan dan mengumpulkan sebanyak-banyak hasanah. Maka hendaklah kita sentiasa berusaha ke arah melaksanakan amal soleh.
Wahai saudaraku, janganlah engkau memandang kecil sesebuah kebajikan itu meskipun ia kecil. Siapa tahu, bahawa kebaikan yang kecil itulah menjadi sebab untuk kamu masuk ke syurga.
Rasulullah SAW bersabda, bahawa seseorang telah membuang dan mengalihkan benda yang merbahaya dari tengah jalan, maka Allah berterimakasih kepadanya, dan memaafkan segala dosanya.
Begitu juga Rasulullah SAW bercerita tentang seorang wanita daripada Bani Israel yang menjadi penghuni syurga hanya kerana memberi minuman kepada seekor anjing yang kehausan.
Sekalimbas, ia kelihatan seperti perkara yang mudah dan kecil bagi kita. Begitupula kisah yang masyhur bahawa seorang wanita masuk syurga hanya kerana sebiji kurma.
Maka, hendaklah kita berusaha dalam melaksanakan amal soleh, dan tidak menganggapnya remeh walau sedikit. Begitu juga dengan senyuman. Rasulullah SAW berpesan, "Senyumanmu buat saudaramu adalah sedekah." Janganlah kita bermalas-malasan dalam beramal selagi kita masih bernafas.
Ketahuilah bahawa Allah SWT mengajar kita pelbagai cara untuk melakukan kebaikan. Samada dengan lidah, ataupun dengan amalan hati seperti tawaduk dan khusyuk, serta amalan jasmani, dengan harta, dan aneka bentuk amalan yang ada ; sehingga kita dapat beramal soleh kepada-Nya.
Aku berdoa kepada Allah SWT, agar menjadikan haji kita sebagai haji yang mabrur (diterima), dan usaha-usaha kita usaha yang masykur (mendapat terimakasih daripada Allah), dan dosa-dosa kita semuanya dosa yang maghfur (diampuni), dan semoga Allah membantu kita (memberikan kemudahan kepada kita) dalam mengingati-Nya, dan mensyukuri-Nya, dan berihsan dalam beribadat kepada-Nya.
Rasulullah SAW pernah memegang tangan Muadz r.a kemudian berkata, "Wahai Muadz, demi Allah, sesungguhnya aku mengasihimu, dan janganlah engkau mengakhiri solatmu melainkan engkau berdoa "Allahumma a'inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatika."
Maksudnya : “ Ya Allah, bantulah aku dalam mengingati-Mu, dan bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu”. Kerana sesungguhnya jika Allah membantu anda dalam 3 perkara ini, maka terbukalah baginya pintu-pintu kebaikan.
Allahumma ij'alal a'maalu hasanaatina khawatimaha, wa khairu ayyamina, wa sallAllahu ala Muhammad, wa 'ala alihi wa sohbihi ajmain..
(ceramah ini disampaikan di Mina pada 12 Zulhijjah 1432H dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dgn bantuan sahabat)