Alhamdulillah, hari ini, saya menduduki peperiksaan seleksi peringkat master.
Jika lulus, saya mungkin akan mendapat peluang untuk menambah 4 tahun lagi di madinah. Jika tidak, semoga tahun terakhir saya dimadinah tidak menjadi sia2.
Exam yang sepatutnya dilakukan ketika musim panas, ianya diawalkan menjadi musim sejuk. 5 bulan lebih awal.
Kami hanya diberikan waktu sebulan untuk mengulangkaji seluruh pelajaran bermula dari semester 1-7. Walhal, tika itu, kami baru sahaja usai melaksanakan ibadah haji.
Ya, bermula dari itu, jadwal belajar mula disusun. Mencuba menggapai apa yang mampu dalam masa sebulan. Mengorbankan sekian perkara2 indah demi kejayaan peperiksaan. Bersengkang mata agar tujuan tercapai.
Ia benar2 meletihkan, tiada hari tanpa tekanan. Musim sejuk yang indah pun kurang menawan. Terkadang, stress menjadi kawan.
Perkara ini terus berterusan. Sampai akhirnya, saya tersentak dengan nasihat guru qowaid fiqhiyyah saya, syekh aiman hibsyi.
Beliau masuk ke kelas dan tidak terus mengajar seperti biasanya. Beliau menasihati sebagian dari kami yang mati2an untuk exam master ini, dengan nasihat yang menenteramkan hati saya.
Kata beliau " Aku mendoakan taufiq untuk sebagian dari kalian yang mengambil exam master tahun ini.
Ingin aku katakan, bahwa perkara yang harus kalian tinggalkan pertama kali adalah jangan sampai hati kita ini bergantung kepada kejayaan exam. Lantas, menjadikan ia sebagai tujuan hidup kita.
Tidak, sekali2 tidak. Tapi jadikanlah hatimu itu bergantung kepada Tuhan. Kebergantungan hatimu kepada Tuhan akan menghidupkan jiwamu. Walaupun apapun natijahnya nanti, baik sukses ataupun gagal. Engkau mengetahui bahwa Tuhan telah menyiapkan jalan lain yang lebih baikmu.
Inilah hati yang bergantung pada Tuhan. Hati yg tidak ada ketakutan dengan hasil akhir dari sebuah usaha.
Hanya berusaha bersungguh, melakukan apa yang patut. Kemudian menyerahkannya kepada Tuhan.
Nasihat yang simple bagiku. Tapi cukup mendalam. Aku jadi berfikir kembali dan ianya menenteramkan jiwaku. Semoga sahabat2 aku yang lain, begitu juga.
...........
Ya hari ini, 1 december 2013 - 28 muharram 1435. Aku sudah menyelesaikan sebagian tanggungjawapku pada Tuhan.
Aku tahu, mungkin aku tak sehebat sahabat2 yang lain yang bersama aku dalam ujian ini. Tapi aku gembira, aku diberikan peluang untuk bersama2 mereka. Duduk menjawap kertas ujian selama 3 jam. Bahkan waktu tersebut terlalu singkat sehingga aku terpaksa mengumpulkan kertas jawapan dalam keadaan terpaksa.
Ala kulli alhamdulillah. Jika lulus, alhamdullilah. Jika gagal, alhamdulillah. Apepun yang terjadi, alhamdulillah.
Sekian..
Note : Exam ini adalah untuk masuk ke peringkat master. Qism yang saya ajukan adalah qism fiqh di bawah naungan kuliah syariah.
Jumlah yang menduduki peperiksaan seramai 170 orang dari pelbagai negara.
Sedang yang diterima hanya berkisar 20-25 orang sahaja.
Allahu musta'an. .
. ......
Gambar dibawah ketika saya sedang menjawap soalan. Ada rakan yang ambil dari luar dewan tanpa saya perasan^^