Tuesday, December 17, 2013

Mereka hebat

Hari ini mendapat berita bahwa seorang sahabat sekolah rendah akan menikah sebulan lagi.

Dia seorang perempuan, dan saya pribadi tidak terlalu mengenalinya. Tapi itu bukan isu yang ingin saya sampaikan di sini.

Pendek cerita, Tanpa saya sedari, kini umur sudah menjejak angka 23. Sahabat sepermainan dulu kala, ada di antara mereka yg telah mendirikan baitul muslim.

Zubair, ibrahim, zaidul khair, fathi adil  juga kawan2 sekolah menengah di indonesia dan masih ramai lagi yang akan mengikuti jejak langkah mereka tahun depan. (2014-pen).

Bagi saya, mereka cukup hebat. Hebat kerana berani mengambil resiko. Hebat kerana berusaha menempuh hidup baru. Hebat kerana telah berjaya membina bahtera serta menjadi nahkoda di atasnya.

Saya masih di daratan, masih banyak perkara yg perlu dipersiapkan. 3 garis panduan yg saya cuba bekalkan utk berlayar di atas kapal kelak.

1. Rohani
2. Jasmani
3. Ekonomi

Bermula dari rohani, saya harus memulakan dgn solat tepat waktu berjemaah di masjid. Ia penting, hadis menyebutkan bahwa Allah mencintai orang2 yg on track with fardu2nya. Jika yg difardukan berjaya saya kekalkan prestasinya, semoga Allah mengukuhkan saya di atas bahtera nanti.

Jasmani pula, ia aset berharga. Tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja. Akal yg sehat dari badan yg sehat. Jika ingin berfikir jernih, mulakan dulu dengan kesehatan tubuh badan. InshaAllah, emosi sikap dan tingkah laku akan membawa efek yg positif kepada anak kapal nanti.

Ekonomi. Hem, ni susah. Saya x mampu nak kata ape2. Saya bukan belajar di bidang professional.  Saya agamawan. Agama bukan landasan utk mencari duit. Orang yg pertama sekali dimasukkan di dalam neraka adalah mereka yg belajar kerana urusan dunia. Semata2 ingin digelar alim.

Tapi saya percaya bahwa Allah telah mentakdirkan rezeki utk hamba-Nya.

Hadis saw : Barangsiapa dunia tujuannya, maka Allah akan hancurkan urusan dunianya, dan rezekinya bagi apa yg telah ditetapkan oleh Allah swt.

Barangsiapa akhirat niatnya, Allah kumpulkan urusan2 dunia untuknya, maka Allah akan datangkan rezeki dunia ke atasnya.

Tugas saya sekarang, belajar serajin mungkin, kumpulkan ilmu sebanyak mungkin. Aplikasikan ia dalam kehidupan seharian. Nanti hasil akhirnya, saya serahkan kepada Allah. Semoga ia ikhlas dan tidak tersalah niat

.....

Kepada sahabat2 

Tahniah kepada mereka yg sudah berlayar terlebih dahulu. Bagi mereka yang mahu berlayar, berhati2lah di tengah2 lautan.

Sedang yg masih di daratan dan mengumpulkan bekalan, mari bersama melatih diri agar mampu menempuh ombak ataupun taufan.

Kata orang " ombak yang besar, ciptakan pelaut yg hebat".

Anda semua adalah org2 yg hebat. Hebat kerana berani menempuh ombak. Saya masih mengumpulkan keberanian utk jadi seperti kalian.

Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair. ...

1 comment:

aiman manz said...

kalau sudah bersedia belayar... Jgn lupa kad jemputannya Muadz..hehe

 

www.luthfi679.blogspot.com