Friday, January 29, 2010

Antara Manusia dan Kambing.



Kenape penulis memberi tajuk ini? Setahun yang lepas, saat penulis mengabdi di Gontor satu, Pak Kyai menekankan tentang 2 subjek diatas agar kita sebagai manusia sentiasa mengingat akan perbezaan diri kita dengan kambing. Kerana sekarang banyak manusia yang telah menjadi kambing-kambing di zaman modern ini.

Akhir-akhir ini, ramai manusia di zaman sekarang hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Mereka menganggap bahwa hidup ini hanyalah untuk makan,minum,bekerja lalu menikah kemudian memiliki anak, menjadi tua lalu meninggal. Lalu, apa bezanya manusia seperti ini dengan hidupnya kambing. Bukankah hidupnya kambing juga diisi dengan makan, menikah, melahirkan anak dan mati.

Wah, malu dong, kita seharusnya. Apakah mahu kita disamakan dengan kambing?. Kalau penulis sih, ya jelas tidak mahu. Bukankah kita memiliki akal untuk berfikir, mulut untuk berbicara dan berbagai lagi nikmat yang lain yang tidak ada pada diri seekor kambing. Kenapa kita harus disamakan?

Pak kyai berkata seperti itu kerana kita sebagai manusia seharusnya ingat bahwa kita tidak hidup untuk diri kita sendiri. Kita hidup untuk menghidupi orang lain, kita berjuang untuk memperjuangkan agama, menjadi kuat untuk memperkuat agama, belajar untuk mengajar,berkasih sambil mengasihani dan segala apa saja yang mampu kita berikan kepada agama kita.

Trimurti Pondok ( pendiri Gontor-red) selalu berkata ”Bondo,bahu,pikir lek perlu sak nyawane pisan” yang berarti ” Harta,tenaga,fikiran bahkan kalau perlu nyawa kita korbankan untuk kejayaan islam di bumi ini”. Inilah manusia sejati.Manusia yang ingin hidupnya berguna untuk kehidupan orang lain. Walaupun manusia tersebut meninggal, dirinya akan selalu hidup di diri orang lain. Dengan fikirannya, ia mampu menggerakkan semangat orang lain yang masih hidup. Jelas, sangat berbeza dengan kambing.

Hidup dengan prinsip kambing akan merugikan kita. Kerana kambing kali kambing akan tetap kambing. 1000 kali kambing akan tetap kambing. Bahkan  1000 tahun, dia akan tetap menjadi kambing. Begitulah hakikat kambing sebenarnya.

Sedangkan  anda?..........



Wednesday, January 27, 2010

Hidup itu artinya……

Manusia yang bergerak itu hidup, haiwan yang bernafas itu hidup, pohon yang berbuah itu hidup. Segala makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T, semuanya hidup.

Sekali kita diciptakan maka kita akan hidup selamanya. Hanya saja, melewati tiga tingkatan kehidupan : kehidupan di dunia lalu alam barzakh dan yang terakhir alam akhirat. It’s mean that u were living forever.

Memandangkan bahwa penulis masih hidup di tingkat pertama kehidupan (dunia-red), maka penulis hanya menulis akan arti hidup di dunia ini.

Pembahasan.

Kenapa manusia dihidupkan oleh Allah S.W.T ?. Pertanyaan ini penulis ajukan kepada seluruh pembaca bahkan penulis sendiri untuk menjawabnya.

Apakah hanya sekadar untuk menghidupkan diri sendiri atau mencari kenikmatan di dunia untuk memuaskan hasrat nafsu manusia atau bahkan hidup hanya untuk mati?

Dewasa ini, manusia sekarang bertambah ragam sifat-sifatnya. Ada yang kaya berpura-pura kaya, ada yang sehat berpura-pura gila, ada yang pandai berpura-pura bodoh dan berbagai lagi tingkah manusia di dunia ini.

Orang kaya berlagak miskin kerana takut diminta. Orang sehat menjadi gila kerana takut didatangi pemiutang. Orang pandai berpura-pura bodoh kerana malas menerangkan pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Jadi, untuk apa hidup kalau hanya menikmati kekayaan, kesehatan dan keilmuan untuk diri sendiri?. Seperti inikah kehidupan yang dikehendaki oleh Pencipta kita?. Apakah  Dia menciptakan kita hanya untuk merasakan nikmat dari-Nya untuk peribadi sendiri?.  

Jikalau begitu yang dikerjakan oleh manusia zaman sekarang, maka apa bezanya kita dengan kambing?. Lahirnya mereka hanya untuk makan, tidur, kahwin lalu beranak pinak kemudian mati. Bahkan, meskipun mereka mati, mereka masih dapat memberi kepada manusia. Dagingnya yang dapat dimakan, kulitnya yang dapat dijadikan peralatan, tanduk,susu dan yang lainnya masih dapat dinikmati oleh kita semuanya.

Ini berarti seekor kambing lebih mulia daripada manusia yang kedekut dan bakhil. Lihatlah zaman sekarang, seberapa ramai manusia yang ingin memberi dengan keikhlasan tanpa memikirkan keuntungan. Berapa ramai yang sanggup melihat saudaranya lebih hina dibandingkan dia. Berapa ramai yang hanya ingin bekerja setelah memikirkan untung-rugi untuk dirinya sendiri tanpa memikirkan kebahagiaan orang lain. Berapa dan berapa ramai lagi manusia seperti ini?

Hebat, bravo penulis ucapkan untuk manusia zaman sekarang. Berarti benarlah kata Allah dalam firmannya ” Sesungguhnya orang-orang yang masuk syurga-KU dizaman depan kelak sangat sedikit jika dibandingkan zaman-zaman yang terdahulu”. Semoga saja penulis dan para pembaca tidak termasuk golongan yang menjadi majoriti (orang bakhil), di zaman ini.

Allah juga berfirman bahwa manusia diturunkan dari syurga-Nya ke dunia ini untuk menjadi Khalifah. Khalifah kalau diartikan dalam bahasa melayu bermakna pemimpin. Dalam konteks yang lebih kecil, ini bermakna bahwa Allah menciptakan kita agar kita sendiri yang memimpin tubuh badan kita bukan sebaliknya. Sanggup berkorban harta, tenaga, fikiran bahkan nyawa tubuh badan kita untuk saudara dan agama kita.

Maka pada hakikatnya, HIDUP ITU ARTINYA MEMBERI............


GIVE, GIVE, GIVE.... (Dr.KH.Abdullah Syukri Zarkasyi MA)

CURHAT ( curahan hati )

“Kenape kamu harus menulis?”

 Soalan ini ditanyakan oleh ayah saye saat kami bersama pulang dari Kuala  Lumpur.

Saye terdiam sejenak untuk memikirkan jawapannya. Belum sempat berkata, ayah saye langsung menjawab.

” Inilah perbedaan antara orang yang hidup dan yang mati. Jika orang yang hidup itu menulis, maka dia akan kekal hidup walaupun jasadnya sudah meninggalkan dunia. Hasil fikirannya yang dituangkan dalam bentuk tulisan tangan masih dapat memberi inspirasi kepada yang masih hidup. Berbeza dengan orang yang hidup tapi tidak menulis apa-apa. Sehingga orang itu meninggal sekalipun, tidak ada manfaat yang dapat diambil darinya”.

”Lihatlah Kyai Imam Zarkasyi. Meskipun beliau telah meninggal, tetapi hasil ilmunya masih dapat dipelajari oleh santri-santri di seluruh pelosok Indonesia. Imam Syafi’e, Maliki, Ahmad, Hanafi, Dr. Buya Hamka, Presiden Sukarno, dan yang lainnya. Mereka semua mampu menggerakkan semangat juang rakyat walaupun mereka sudah tiada. Semuanya, hanya berbekalkan tulisan.”. Sambung ayah kepada saye lagi.

Saye pun lantas merenung.

”Umur aku ni, dah nak masuk 20 tahun, 1 hasil tulisan pun takde. Macam mane kalau aku meninggal tanpa meninggalkan apa-apa untuk Ummat. Sedangkan Nabi Muhammad sendiri meninggalkan hadist untuk Ummatnya. Bahkan, Allah menulis kata-katanya melalui perantara Jibril kepada Rasulnya.”

”Luar biasa, berarti, kita seharusnya berbagi apa yang ade di fikiran kita untuk berbagi kenikmatan yang diberikan oleh Allah. Bukankah Allah Maha Adil?. Setiap orang diberi ilmu sesuai dengan kadar kemampuannya. Sehingga jika kita banyak menulis berarti kita mensyukuri nikmat Allah untuk berbagi ilmu yang ade di otak kita.” kataku kepada diriku.

” Ya, mulai hari ini, tanggal 27 Jan 2010, aku haruskan diriku untuk menulis apa pun yang ada di fikiranku. Tulisan ini kupersembahkan kepada diriku sendiri, keluarga, masyarakat, negara juga kepada Tuhan pencipta tubuh ini, Allah S.W.T.” Janjiku pada diriku.


Monday, January 18, 2010

Luasnya ilmu Sayyidina Ali untuk 1 soalan.

Suatu hari semasa Ali memberi syarahan dalam suatu majils ilmu, datang 10 orang lelaki yang hendak menguji kehebatan ilmunya.
           
            “ Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata, saya adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya?” Tanya salah seorang daripada lelaki itu.

            “ Memang benar……,” jawab Khalifah Ali bin Abi Talib.

            Lelaki pertama bertanya, ” Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara ilmu dengan harta?”.

            ” Sudah tentu ilmu itu lebih baik daripada harta,” jawab Ali.

            ”Apa dalilnya, wahai Ali?” tanya lelaki itu lagi.

            ” Wahai saudaraku, ilmu itu adalah warisan para nabi dan rasul. Harta itu warisan Qarun, Syaddad, dan lain-lain,” jawab Ali.

            Lelaki Kedua pula bertanya, ” Wahai ali, manakah lebih baik antara ilmu dengan harta?”.

            ”Tentulah ilmu itu yang lebih baik daripada harta?” jawab Khalifah Ali. Dia tidak menunjukkan rasa marah.

            ” Apa dalilnya?” tanya lelaki kedua itu lagi.

            ” Wahai saudaraku, ilmu itu menjaga kamu tetapi harta itu kamu yang menjaganya.,” jawab Khalifah Ali

            Lelaki ketiga pula bertanya, ” Wahai Ali, manakah yang lebih baik antara harta dengan ilmu?”.

            Maka dijawab oleh Khalifah Ali, ” Wahai saudaraku, orang yang mempunyai banyak harta akan mempunyai ramai musuh. Tetapi orang yang ilmu mendapat ramai kawan.

            Lelaki keempat juga bertanya soalan yang sama. Jawapan Ali, ” Wahai saudaraku, harta apabila ia dibelanjakan maka ia akan berkurang, sedangkan ilmu, jika ia diamalkan semakin bertambah.


            Lelaki kelima juga bertanyakan soalan yang sama. Maka dijawab oleh Ali, ” Wahai saudaraku, orang yang banyak harta biasanya kedekut dan tidak dihormati. Mereka yang banyak ilmu pemurah dan dihormati.

            Lelaki keenam pula bertanya lalau dijawab oleh Khalifah Ali, ” Pemilik harta akan dihisab pada hari kiamat. Ilmu pula akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat.”

            Khalifah Ali memandang ke arah lelaki yang ketujuh lalu berkata, ”Harta menjadikan pemiliknya keras hati, tetapi ilmu menjadikan pemiliknya terang hati.

            Kepada lelaki kelapan Khalifah Ali berkata, ” Harta semakin lama disimpan ia semakin usang tetapi ilmu tidak usang dan tidak lapuk.”

            Kemudian Khalifah Ali terus berkata, ” Pemilik harta akan berkata harta itu milik dia. Pemilik ilmu pula berkata ilmu itu milik Allah.”

            Akhirnya 10 orang lelaki yang hendak menduga ilmu Khalifah Ali bin Abi Talib beredar. Orang ramai berasa kagum kerana Khalifa Ali kerana dapat menjawab banyak jawaban dengan hanya satu soalan.

            ” Sekiranya 100 orang yang datang bertanya satu soalan yang sama aku boleh memberi 100 jawaban yang berbeza,” kata Khalifah Ali bin Abi Talib. 

Thursday, January 14, 2010

Succes...

Alhamdulillah,berkat doa dari keluarga, sahabat dan khususnya bagi para pembaca, 
penulis lulus di dalam ujian kereta. Insya Allah, sementara mengisi masa kosong ini, penulis ingin mengambil ujian motor agar di saat kelak membawa manfaat bagi penulis dan pembaca. Amin99x

Sejenak penulis berfikir, bagaimana penulis mampu lulus padahal hanya dengan modal yang sangat minim?
Dengan Modal doa beserta keyakinan pasti lulus untuk kebaikan di masa hadapan, penulis berjaya melepasi semua ujian tersebut.

KENAPA?

Bukan riya', bukan sombong, tapi penulis ingin berbagi, agar di suatu saat, jika kita semua menghadapi ujian, untuk tidak lupa membawa modal ini.

Modal Pertama..........

Allah berfirman" Ana inda Dzonni abdi  ", Sesungguhnya aku sesuai dengan apa yang hambaku yakini. 
Inilah yang dimaksudkan dengan keyakinan. Apapun keyakinan anda, Insya Allah, itu akan berlaku.
Jika anda yakin bahwa anda akan kalah, maka begitulah yang akan terjadi sesuai dengan janji Allah.
Inilah sebab mengapa orang-orang barat mampu menjadi orang yang berjaya di dunia ini.
Mereka memiliki keyakinan yang pasti akan sesuatu sehingga Allah menunaikan janjinya kepada mereka.
Berbanding dengan sebagian orang melayu yang hanya memiliki keyakinan yang sangat lemah akan sesuatu yang berbentuk positif mengakibatkan diri kita sebagai orang melayu, jauh daripada puncak kejayaan.

Modal Kedua.........

1 formula yang harus anda ingat...
Usaha tanpa doa = Sombong
Doa tanpa Usaha = Cakap/omong Kosong
Usaha + Doa = Anda tahu sendiri jawabannya.

Baru-baru ini, ada sahabat penulis bertanya" muadz, aku ni dah usaha, dah doa, tapi asal tak dapat jugak apa yang aku nak?"  Ada yang salah ke dari apa yang aku buat ni?

Stop for thinking awhile! 

Jika anda berusaha dan berdoa lalu dikabulkan maka bersyukurlah dengan menggunakan nikmat tersebut dengan sebaik-baiknya.

Jika anda berusaha dan berdoa kemudia ternyata tidak dikabulkan, maka percayalah bahwa Allah sedang menyiapkan sesuatu yang lebih baik bagi anda.

INGAT!!!.. ALLAH BERFIRMAN  " ANA INDA DZONNI ABDI"
o




Tuesday, January 12, 2010

Inspirasi anda dan kita semuanya


Ada seseorang saat melamar kerja, memungut sampah kertas di lantai ke dalam tong sampah, dan hal itu terlihat oleh peng-interview, dan dia mendapatkan pekerjaan tersebut.

Ternyata untuk memperoleh penghargaan sangat mudah, cukup memelihara kebiasaan yang baik.

Ada seorang anak menjadi murid di toko sepeda. Suatu saat ada seseorang yang mengantarkan sepeda rusak untuk diperbaiki di toko tsb. Selain memperbaiki sepeda tsb, si anak ini juga membersihkan sepeda hingga bersih mengkilap. Murid-murid lain menertawakan perbuatannya. Keesokan hari setelah sang empunya sepeda mengambil sepedanya, si adik kecil ditarik/diambil kerja di tempatnya.

Ternyata untuk menjadi orang yang berhasil sangat mudah, cukup punya inisiatif sedikit saja

Seorang anak berkata kepada ibunya: “Ibu hari ini sangat cantik.
Ibu menjawab: “Mengapa?
Anak menjawab: “Karena hari ini ibu sama sekali tidak marah-marah.

Ternyata untuk memiliki kecantikan sangatlah mudah, hanya perlu tidak marah-marah.

Seorang petani menyuruh anaknya setiap hari bekerja giat di sawah.
Temannya berkata: “Tidak perlu menyuruh anakmu bekerja keras, Tanamanmu tetap akan tumbuh dengan subur.
Petani menjawab: “Aku bukan sedang memupuk tanamanku, tapi aku sedang membina anakku.

Ternyata membina seorang anak sangat mudah, cukup membiarkan dia rajin bekerja.

Seorang pelatih bola berkata kepada muridnya: “Jika sebuah bola jatuh ke dalam rerumputan, bagaimana cara mencarinya?

Ada yang menjawab: “Cari mulai dari bagian tengah.” Ada pula yang menjawab: “Cari di rerumputan yang cekung ke dalam.” Dan ada yang menjawab: “Cari di rumput yang paling tinggi. Pelatih memberikan jawaban yang paling tepat: “Setapak demi setapak cari dari ujung rumput sebelah sini hingga ke rumput sebelah sana .

Ternyata jalan menuju keberhasilan sangat gampang, cukup melakukan segala sesuatunya setahap demi setahap secara berurutan, jangan meloncat-loncat.

Katak yang tinggal di sawah berkata kepada katak yang tinggal di pinggir jalan: “Tempatmu terlalu berbahaya, tinggallah denganku.”
Katak di pinggir jalan menjawab: “Aku sudah terbiasa, malas untuk pindah.”
Beberapa hari kemudian katak “sawah” menjenguk katak “pinggir jalan” dan menemukan bahwa si katak sudah mati dilindas mobil yang lewat.

Ternyata sangat mudah menggenggam nasib kita sendiri, cukup hindari kemalasan saja.

Ada segerombolan orang yang berjalan di padang pasir, semua berjalan dengan berat, sangat menderita, hanya satu orang yang berjalan dengan gembira. Ada yang bertanya: “Mengapa engkau begitu santai?”
Dia menjawab sambil tertawa: “Karena barang bawaan saya sedikit.”

Ternyata sangat mudah untuk memperoleh kegembiraan, cukup tidak serakah dan memiliki secukupnya saja

Monday, January 11, 2010

kematian? TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!

Sebelum Nabi Adam A.S beserta isterinya Hawa diciptakan di Syurga lalu di turunkan di dunia, terdapat 1 takdir yang pasti akan menimpa seluruh makhluk Allah S.W.T, yaitu kematian.

Mati merupakan definisi daripada roh yang meninggalkan tubuh untuk menjawab soalan2 yang akan ditanyakan oleh 2 malaikat yang bertugas di kubur kemudian di balas perbuatannya di dunia sama ada baik ataupun buruk sebelum dibangkitkan kembali untuik menerima pengadilan yang tiada keadilan lebih adil daripadanya ( padang mahsyar ) dan menerima balasan lebih daripada apa yang didapatkan di alam kubur.( surga atau neraka ).

Alam pertama yang akan dilalui setelah kematian adalah alam barzakh kemudian alam selanjutnya dinamakan alam akhirat.

Alam yang terakhirlah, alam yang kita hidup untuk selama-lamax sambil menikmati balasan sesuai dengan amalan di dunia.

RENUNGAN

Saudaraku Se-Agama maupun yang lainnya, sesaat berfikirlah dan bertanyalah kepada diri anda, Apakah saya siap mati?. Jikalau anda menjawab dengan keyakinan bahwa anda siap mati maka bersyukurlah bahwa anda termasuk orang2 yang diberkahi oleh Allah.

Kerana sesungguhnya Allah berfirman  di dalam surat Al-Baqarah bahwa hanya orang yahudi dan nasrani yang mengatakan bahwa hanya agama mereka berdua yang dibenarkan masuk syurga ternyata takut bahkan sangat takut sekali akan kematian.

 Why? Mereka takut akan demikian kerana perbuatan atas segala dosa apa yang telah mereka lakukan. Mereka tahu bahwa agama mereka salah, tetapi mereka tenggelam dengan apa yang telah mereka tambah2kan dari agama mereka kerana alasan mengikuti agama nenek moyang mereka tanpa menyelusuri hakikatnya. ( surah al-baqarah dan al-imran ).

Maka sahabatku sekalian, hidup anda di dunia ini hanyalah 70 tahun kalau dipuratakan dengan manusia lainnya. Sedangkan di akhirat kita hidup selama-lamanya. Manakah yang anda pilih? Untuk itu, bertanyalah selalu dalam diri anda bahkan bertanyalah kepada orang lain untuk saling memuhasabah diri agar kita selalu teringat akan Allah S.W.T.

Apakah kita siap menhadapi kematian?

Nasihat ini penulis tujukan kepada diri sendiri dan kepada sekalian pembaca. Semoga Allah memaafkan segala dosa yang telah kita lakukan dan menjauhkan kita dari melakukan dosa2 itu  lagi. Amin99x

Saturday, January 9, 2010

MANDI WAJIB!!! How ?

ha. ha . ha



Menurut penulis, topik ini lebih menyentuh aspek peribadi jika dibandingkan dengan topik2 yang lain yang pernah penulis bincangkan. Bagi penulis, aspek ini sebaiknya disebarkan untuk menambah ilmu pengetahuan bagi masyarakat muslim dari segi agama.

Penulis merasa demikian kerana sedih dengan kejadian yang baru2 ini berlaku di salah satu saudara seagama kita. Saat, ditanya bagaimana caranya mandi wajib, maka dengan tanpa rasa malunya, saudara kita mengatakan kalau cara mandi wajib adalah dengan mengairi air di seluruh tubuh kita sebanyak 7 kali dan salah satunya dengan tanah. ( terkejut penulis saat mendengar jawaban darinya ).

Perkara seperti ini bukanlah boleh dipandang remeh kerana ia menyangkut tentang ibadah kita selanjutnya. Dari shalat dan ibadah yang menitik beratkan dalam aspek kesucian seseorang. Dari itu penulis berharap kalau pembaca sekalian dapat menyebarkan risalah ini kepada saudara kita yang lainnya.


Cara Mandi Wajib

Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.

Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,
Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya”
(HR. Al Bukhari dan Muslim)

Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.
  1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
  2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
  3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
  4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
  5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
  6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
  7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
  8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
  9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
  10. Membasuh kaki.
Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.
Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.
Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
 

www.luthfi679.blogspot.com