Menurut penulis, topik ini lebih menyentuh aspek peribadi jika dibandingkan dengan topik2 yang lain yang pernah penulis bincangkan. Bagi penulis, aspek ini sebaiknya disebarkan untuk menambah ilmu pengetahuan bagi masyarakat muslim dari segi agama.
Penulis merasa demikian kerana sedih dengan kejadian yang baru2 ini berlaku di salah satu saudara seagama kita. Saat, ditanya bagaimana caranya mandi wajib, maka dengan tanpa rasa malunya, saudara kita mengatakan kalau cara mandi wajib adalah dengan mengairi air di seluruh tubuh kita sebanyak 7 kali dan salah satunya dengan tanah. ( terkejut penulis saat mendengar jawaban darinya ).
Perkara seperti ini bukanlah boleh dipandang remeh kerana ia menyangkut tentang ibadah kita selanjutnya. Dari shalat dan ibadah yang menitik beratkan dalam aspek kesucian seseorang. Dari itu penulis berharap kalau pembaca sekalian dapat menyebarkan risalah ini kepada saudara kita yang lainnya.
Cara Mandi Wajib
Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,
“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya”
(HR. Al Bukhari dan Muslim)
Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.
- Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
- Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
- Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
- Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
- Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
- Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
- Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
- Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
- Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
- Membasuh kaki.
Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.
Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
No comments:
Post a Comment