~MUQODDIMAH~
Malam tadi, saya bergerak ke mekkah untuk bekerja di markaz tauiyah mekkah. Bertugas sebagai penerjemah masyayikh yg mengajar jemaah2 haji di masjid2 kecil di mekkah yang datang dari pelbagai negara.
Asal mulanya, seramai 8 orang yang akan bergerak bersama dari univ madinah sampai ke mekkah. Di akhir waktu, 2 orang menarik diri kerana takut dengan sekatan polis.
Ya, sekatan polis. Sungguh, ini yang menjadikan hati kami semua tidak tenang. Keraguan selalu menghantui kami setiap hari.
Manakan tidak, jika tertangkap, kami boleh dipulangkan ke negara masing2 serta dicabut status mahasiswa kami, dan kami juga tidak dapat masuk ke saudi semula untuk jangka masa 10 tahun.
Bagi saya, ini ancaman yg cukup keras dari pihak polis. Hampir seminggu sekali, seluruh rakyat saudi dan yang mendapatkan izin bekerja atau belajar seperti kami ini, dikirimkan sms dari pihak yang berkuasa berisi ancaman bagi mereka yang haji tanpa tasreh/visa.
Tahun ini berbeza dgn sebelumnya. Tahun ini masjidil haram sedang dalam tahap perluasan area. Bahkan 20% jumlah jemaah haji, dikurangkan dari setiap negara.
Tahun ini, kerajaan betul2 berkeras dengan mereka yang melanggar peraturan. Yang haji tanpa tasreh/visa dan tertangkap basah, akan dideportasi tanpa ampun..
~AWAL PERJALANAN~
Pukul 9.35 kami mula bergerak dari madinah. Bergerak menuju ke kota mekkah yang berjarak 450 km lebih. Kali ini, kami tidak melalui jalan yang biasanya kami lewati sebelum ini. Kami dibawa oleh driver saudi ke jalan yang gelap gulita.
Konvoi kami sebanyak 3 kereta. 1 di depan sebagai pengawas perjalanan. Sepertinya, mereka cukup terlatih dengan situasi ini.
Kata driver, apa yang paling bahaya adalah sekatan polis di madinah dan di mekkah.
Dengan hati yang takut, tapi yakin bahwa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Bismillah, kami mulakan perjalanan kami.
~SEKATAN POLIS D MADINAH~
Sekatan polis madinah cukup ketat. Polis betul2 menjaga sempadan mereka. Setiap kereta yang keluar dari kota madinah akan diperiksa.
Untuk itu, driver kami menghindari sekatan tersebut dengan melalui jalan padang pasir yang menuju ke kota yanbu'.
Dalam perjalanan ke yanbu'. Mereka mengambil jalan pintas ke kota mekkah. Seperti yang saya katakan tadi, jalan yang kami lalui merupakan jalan yang gelap gulita. Hanya sedikit kereta yang terlihat. Terus terang, saya tidak tahu dimana kami berada.
Apa yang hanya saya mampu lakukan, menutup mata mengharap semoga perjalanan ini berakhir dengan selamat.
Saya dapat merasakan bahwa ada beberapa kali, driver menghindari jalan utama. Ini kerana kereta yang berada di depan yang bertindak sbg pengawas, memberitahukan ttg adanya pemeriksaan polis secara random.
Wallahua'lam, saya sendiri x pasti bagaimana gerak kerja mereka. Apa yang pasti, sampailah kami di jumum yang merupakan sempadan mekkah, dan kami diturunkan disana.
~SEKATAN POLIS D MEKKAH~
Sedang di mekkah pula, kami diturunkan bahkan barang2 kami juga.
Maka bermulalah episod pejalan kaki bersama barang2nya. Berjalan meniti kegelapan malam. Bahkan terdengar bunyi anjing/serigala padang pasir menyalak seakan terganggu dengan langkah2 beraksi kami.
Biasanya, di sempadan ini ada dua jalan yang selalu dilalui oleh pejalan kaki yang x ada tasreh..
Yang pertama dengan cara menyeberang jalan besar dan berjalan di atas padang pasir menuju ke kota mekkah
Yang kedua pula, x perlu menyeberang jalan besar. Cukup berjalan terus menuju ke kota mekkah. Cuma, jalan yang ini lebih mencabar. Kerana kami harus naik turun bukit dan berjalan dua kilo lebih. Ia lebih aman dan selamat. Kerana lebih jauh dari terlihat oleh polis berbandingkan jalan yang pertama.
Kami memilih jalan kedua. Sebab ketika kami mahu menyebrang jalan, ada dua kereta polis sedang menunggu di sana.
Jalan kedua lebih meletihkan dari jalan pertama. Tapi biarlah, asalkan kami selamat, aman dan sejahtera. Cukuplah..^^...
Alhamdulillah, setengah jam berjalan, driver menunggu kami di stesyen minyak sejarak 2 kilo dari pusat pemeriksaan polis.
Saya rasa, hampir 2-3 kereta polis melihat kami2 yang illegal ini. Tapi alhamdulillah, mereka x menahan kami.
Mereka seakan tidak melihat kami dan sepertinya kami hanyalah unta2 berjalan sekawanan di padang pasir.
~PENUTUP~
Alhamdulillah, sampai saja di masjidil haram, masih ada setengah jam lagi sebelum subuh. Pintu2 masuk ke ka'bah sudah ditutup.
Saya menyempatkan diri utk menulis tulisan ini demi membantu sahabat2 yg mau bermusafir ke mekkah sehingga dapat melihat gambaran sebenar perjalanan ini.
Mohon maaf jika tulisan ini tidak sedap dibaca, saya bukan penulis. Saya hanya seorang manusia biasa.
Selamat menunaikan haji tanpa tasreh bagi sahabat2ku semuanya.
Ketahuilah, perbuatan kita ini adalah dosa kerana melanggar perintah waliyyul amr.
Semoga Allah mengampunkan dosa kita dengan keberkatan haji untuk-Nya.
Labbakallahumma labbaik. Labbaika la syariika laka labbaik.
Innal hamda, wannikmat laka walmulk la syariika laka.
note : gambar di bawah, ketika kereta sedang bergerak dlm kegelapan malam
No comments:
Post a Comment