Saturday, October 19, 2013

Diary 20 october 2013

Jam menunjukkan 12.34 am, waktu saudi.. entah kenapa, aku tidak mampu memejamkan mata.

Banyak fikiran yang bermain di kepalaku. Bermula dari aku bersendirian sebagai penerjemah yang terakhir, sedang sahabat2 yang lain semua kembali ke kotanya masing2. Ada di madinah, ada yang di riyadh, ada yang di jaizan bahkan di turki juga ada. Tinggal aku seorang diri di mekkah, bergelar sebagai seorg penerjemah. Tuhan, kuatkan diriku pada malam ini untuk tidur tanpa ditemani sesiapa.

Sekilas, setengah jam telahpun berlalu di hari yang baru. Jam menunjukkan pukul 12.52 am pagi. Sekarang aku telah masuk pada tanggal 20 oktober 2013. Meninggalkan harijadiku 19 oct yang bersamaan dengan 14 zulhijjah. Aku masih disini, di kota mekkah, bertugas di masjid kecil bernama hayyul assaf. Ia mampu menampung seribu jemaah   per-jam kurasa. Kukatakan kecil kerana jika dibandingkan dengan masjidil haram, jauh lebih luas masjidil ka'bah pastinya.

Fikiran kedua yg menganggu malamku juga adalah tentang si dia. Dia yang ku nantikan selama 13 tahun, dia yang x pernah terlupakan dalam hari2ku, dia yang mana menjadi sumber inspirasiku. Dia yang namanya selalu kusebut dalam doa istikharah ku, dia yang mana telahpun menambat hatiku sejak dulu. Dia, dia dan dia....

Hari ini, aku tidak mampu tidur kerana dia. Jiwaku yang merana meliputi keraguanku. Apakah dia sesuai untukku, mampukah diriku bersamanya, benarkah pilihanku ini, akankah dia sabar dengan karenahku, dan jutaan soalan yang lain tak mampu kutulis kerana kebingunganku.

Tuhan, kepadamu aku berserah. Ku tahu, bahwa pernikahanku masih diambang maya. Ku tahu, bahwa ia bukanlah tujuan utama.

Tuhan, ku pohon jika dia yang sesuai untukku, maka kau berkatilah dia dan ridhoilah dia. Jika dia bukan untukku, Kau nikahkanlah dia dengan lelaki yang alim dan soleh, lalu hadirkanlah untuk diriku permata yang lebih berharga disisi-Mu.

Tuhan, kepada-Mu ku berserah, untuk-Mu ku pasrah, jadikan hidupku di bawah payung rahmat-Mu.

Tidurkanlah aku wahai Tuhan di malam ini,  dengan ketaqwaan yang membuai mimpiku.

~gilauan hati yang merana, tika menginjak umur yang keduapuluh tiga.~

No comments:

 

www.luthfi679.blogspot.com