Saya gembira hari ini.. Manakan tidak, 2 orang sahabat karib saya telahpun menikah pada minggu ini..
Sahabat yang pertama pada minggu lepas, sedang yang kedua pula pada hari ini di masjid nabawi.. Alhamdulillah, akad selesai dilakukan selepas maghrib tadi..
Masih segar di ingatan saya, pertemuan kami bertiga yang pertama kali di semester kedua di kuliyyah syariah...
Persahabatan semakin erat ketika kami bersama2 mengulangkaji pelajaran dan masih bersama2 berjuang sampailah kami terpisah kelas di semester yang ke 6..
2 tahun setengah perjuangan yang manis. Suka duka, pening kepala kami kongsikan bersama.
Sahabat yang pertama, namanya Muhammad Nasir.. Berasal dari mesir tetapi dahpun menetap di jeddah sekian lamanya.
Sedang yang kedua pula, Muhammad Mahmud berasal dari afrika.. Dalam bahasa arab ia dikenal sebagai juzrul-qomar. Saya sendiri tak tahu sebutan dalam inggirisnya..
Apa yang cukup buat saya terperanjat bila sahabat afrika saya ini ditawarkan untuk menikah dengan adik kepada sahabat saya yang mesir.
Saya sama sekali tidak menjangkakan hal ini. Tapi inilah takdir, inilah jodoh. Jika anda lahir di malaysia sekalipun, sedang jodoh anda menanti di german. Insha Allah akan ketemu jua.
Akad selesai, solat isya pun juga. Tibalah saat kami berpisah..
Mereka berdua sudah menjadi keluarga. Sedang saya, atas nama sahabat.. Hanya sampai disini tugas saya.
Saatnya mereka meninggalkan saya. Terasa tika itu, betul-betul ditinggalkan.. Ya, mereka berdua sudah pun berada di dunia lain. Bukan dunia yang sama seperti sebelum ini..
Hanya saya yang ditinggalkan disini. Di dunia yang lama.
Masih melihat, mencari, menilai siapa yang mahu bersama saya ke dunia baru. Dunia dua sahabat saya. Dunia ibu bapa saya, dunia abang saya dan dunia bagi mereka yang sudah berpunya.
Akhir kata, selamat tinggal wahai dua sahabatku. Selamat datang dunia baru.
Barakallahu lakuma wa alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair
No comments:
Post a Comment