48 jam telah berlalu semenjak penulis berjaya sampai di kota mekkah dengan susah payah.
Hari ini, hari jumaat. Hari ketiga penulis bertugas di markaz tauiyah. Semalam, ada dua masjid kecil, tempat penulis ditugaskan.
Kedua2nya, berceramah ttg sifat2 haji mabrur dan alhamdulillah, respon dari jemaah cukup baik. Penulis sendiri merasakan faedahnya ketika menerjemahkan kata2 syekh.
Hampir semua yang mendengar ceramah agama ini, dari jemaah indonesia.
Kalau x salah saya, di masjid pertama, mereka dari daerah palembang. Yang kedua pula, dari daerah lampung..
Semangat para masyayikh dalam mengajar jemaah haji tentang sifat2 haji Rasulullah saw menjadikan saya ikut semangat.
Inti yang benar2 diharapkan para masyayikh sebenarnya adalah agar seluruh jemaah meluruskan niat ibadahnya untuk Allah swt semata, dan memahami bagaimana cara nabi saw mengerjakan haji baginda saw.
Dalam bertugas, kami harus standy by setengah jam lebih awal di saf pertama, ini kerana masjid biasanya akan penuh bahkan sampai ke jalan raya jika sudah masuk waktu solat.
Sifat kajian agama pula, bergantung pada materi2 yang ditentukan oleh pengurus markaz.
Ada yang memakan waktu satu hingga ke dua jam, paling cepat yg pernah saya rasakan setengah jam. Itu belum masuk tanya jawab selepas kajian.
Pada saya, sesi soal jawab itu sendiri, lebih banyak memakan masa dibandingkan dengan ceramah yang disampaikan.
Banyak soalan yang tidak terlintas di fikiran saya, tapi diutarakan oleh mereka. Alhamdulillah, semakin banyak persoalan, hakikatnya menambah ilmu di dada.
Bersyukur kepada Allah yang memberikan saya peluang utk berkhidmat.
Dalam hati ini, sgt berharap kalau pelajar malaysia yg lain, dapat mengikuti bersama dalam perjuangan dakwah ini.
Tetapi ia tidak dapat direalisasikan kerana kemampuan pelajar malaysia dalam berbahasa indonesia agak terhad,
Ada beberapa sebab kenapa markaz tauiyah tidak mengambil pelajar malaysia sebagai penerjemah.
Yang pertama, ini kerana orang malaysia mampu memahami bahasa indonesia tetapi tidak untuk sebaliknya. Jika orang malaysia yang berbicara, jemaah indonesia perlu waktu utk memahaminya.
Faktor utama mungkin kerana dialek yg berbeza. 30% yang ada pada bahasa melayu, tidak ada dalam bahasa indonesia.
Walhal ini adalah ceramah agama. Jika terjadi salah faham dalam materi yang disampaikan, boleh membawa kepada batalnya ibadah seseorang tersebut.
Agama bukan hal yang ringan. Ia berat. Dalam al-quran disebut "Qoulan Tsaqiilan".
Sedang sebab yang kedua, kebanyakan hotel2 jemaah malaysia lebih dekat dgn masjidil haram. Mereka cukup berjalan dan sampai ke masjidil haram dalam waktu yg singkat.
Berbeza dengan jemaah indonesia, hotel mereka jauh2. Mungkin perlu waktu 20-30 minit untuk sampai ke masjidil haram.
Maka dari itu, mereka cukup sembahyang fardu di masjid2 kecil di sekitar hotel mereka. Pahala 100 ribu kali solat, inshaAllah akan didapatkan selagi mana masjid tersebut masih di dalam tanah haram.
Masjid2 kecil inilah yang menjadi tumpuan markaz dalam berdakwah. Berusaha menyebarkan akidah yang sahih. Mengajak cinta kepada Nabi saw dengan cara mengikuti sunnahnya.
Menjawab persoalan2 yang selalu bermain di minda mereka, seperti kenapa di saudi tidak ada zikir bersama, kenapa tidak ada qunut dan banyak lagi soalan2 yang lain, yang perlu dijelaskan dengan hemah dan berhikmah.
Disitu letak kepentingan seorang penerjemah dalam mengolah bahasa masyayikh kepada yang lebih mudah dicerna dan difahami.
Jika ceramah masyayikh terlalu keras rentak bahasanya, tugas penerjemah utk melunakkannya. Adat kita tak sama dengan mereka. Mereka tidak terlalu mengenal budi bahasa kita, kita yang lebih mengenali mereka.
Pada saya, synergy antara penceramah dengan penerjemah sangat diperlukan agar jemaah dapat mengikuti materi yang disampaikan dengan baik.
Semoga Allah merahmati usaha kami. Dan semoga Allah mempermudah segala urusan jemaah haji dan menjadikan mereka haji yang mabrur.
Gambar2.
1. Para masyayikh sedang menunggu untuk coordinator meeting dari ketua markaz.
2. Logo rasmi markaz tauiyah yang bernaung di bawah kementerian agama arab saudi.
3. Kad penulis rasmi untuk bertugas.
4. Pemandangan atas dari tempat tinggal penulis. Terlihat jam besar makkah almukarramah
اللهم حجة، ﻻ رياء وﻻ سمعة
No comments:
Post a Comment